“Lepas ni harap jalani hidup masing masing..” Umum cerai.. tak sangka ini reaksi Bella bila selesai

Pelakon, Bella Astilah tidak menghalang suaminya, Aliff Aziz untuk bertemu anak-anak meskipun selepas mereka bercerai nanti.

Bella atau nama lengkapnya, Dayang Nabellah Awang Astilah berkata dia masih belum memaklumkan keputusan untuk berpisah kepada kedua-dua anaknya, Mohd. Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

“Belum masanya lagi, terutamanya Ara baru empat tahun. Saya tak nak ganggu emosi anak-anak.

“Ayden baru mula sekolah dua hari, tak nak dia fikir. Tapi dia faham sebab saya rapat dengan dia dan dia pun tak banyak tanya.

“Anak-anak tak terkesan apa-apa, sebab saya sentiasa beri alasan daddy kerja. Mereka pun tak main phone.

“Ayden dia pergi sekolah Cina, jadi dia tak dengar sebarang berita. Dia tetap hantar wish Ramadan dekat daddy dia, Ara pun.

“Pada Aliff, awak sentiasa boleh jumpa anak-anak. Saya tak akan tetapkan apa-apa syarat untuk berjumpa mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Bella yang nekad untuk bercerai dengan Aliff berharap agar mereka dapat berpisah secara baik serta memperbaiki diri masing-masing ke arah kebaikan.

“Saya harap perkara ini berlalu dengan cepat, sama-sama boleh lalui kehidupan masing-masing.

“Semoga dengan apa yang terjadi dapat memperbaiki diri masing-masing,” katanya lagi ketika ditemui XTRA.

@xtra_my Replying to @Cik kentang Bella Astillah tetap memberi kebenaran kepada Aliff Aziz untuk melawat anak-anak dan tidak meletakkan sebarang syarat #fyp #xtramy #bellaastillah #cerai #aliffaziz #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

Bella hadir ke mahkamah hari ini bagi sebutan kali pertama yang ditemani oleh ibunya, Zarinah Astillah dan adik, Didi Astillah pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Aktres drama rantaian Aku Tanpa Cintamu memfailkan penceraian permohonan cerai pada 11 Mac lalu.

Terdahulu, Aliff sekali lagi dilanda kontroversi apabila ditangkap khalwat kerana didakwa bersekedudukan dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah pada Jumaat lalu.

Sumber : xtra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *