“Lagi ramai maki, lagi menang ye tak?” Abby Abadi minta butik muslimah berpada pada

Susulan daripada isu ‘photoshoot’ melibatkan anak perempuan, Marissa Dania dan suaminya Aslam oleh sebuah jenama butik pakaian muslimah sehingga ia menjadi tular, pelakon Abby Abadi tampil memberi respon mengenai isu itu.

Menerusi satu hantaran Insta Story, Abby meluahkan rasa kesal terhadap pihak jenama tersebut yang dianggap seperti menggunakan kesempatan atas kesulitan dan kelemahan orang lain.

Menggunakan kesempatan atas kesulitan kelemahan orang lain..Berpada-pada lah…Portal hiburan memang tunggu je konten-konten mengundang macam ni. Lagi ramai maki lagi menang ye tak?.

Sebelum ini, kedua-dua pasangan suami isteri itu menjadi tumpuan warga maya gara-gara muncul bersama dalam sebuah sesi photoshoot dipercayai untuk mempromosikan busana sempena aidilfitri

Namun, apa yang menjadi punca kekecohan adalah apabila madu Marissa, Misya turut dipelawa untuk menjadi model butik pakaian berkenaan dan tidak dimaklumkan lebih awal mengenai kemunculan pasangan itu.

Malah, kakak kepada Misya, Nadiah turut menuntut permohonan maaf daripada pihak butik berkenaan kerana seakan rakus membuat ‘content’ dan ‘marketing’ tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *