Semasa

KWSP Akhlrnya Tampil Dengan Knyataan Berikut Tentang Pengeluaran l-Cltra

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP menyokong pengeluaran khas i-Citra diberhentikan bagi membantu ahli membina semula kecukupan simpanan persaraan mereka.

Ia berkata, kepelbagaian bantuan kewangan kerajaan yang ditawarkan kepada individu dan perniagaan untuk pemulihan daripada p.andemik dan b.anjir baru-baru ini adalah dialu-alukan semasa waktu sukar ini, justeru sebarang pengeluaran khas daripada simpanan KWSP pada masa hadapan adalah dianggap tidak perlu.

Katanya, KWSP adalah dana persaraan yang diberi mandat bagi melindungi simpanan ahli untuk keperluan dan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.

“Ditubuhkan sejak 1951, KWSP adalah tertakluk di bawah Akta KWSP 1991, yang menetapkan bahawa Akaun 1 70 peratus simpanan ditetapkan untuk persaraan, manakala Akaun 2 30 peratus simpanan adalah untuk pengeluaran lain-lain yang dibenarkan bagi menjamin masa depan persaraan yang lebih cerah.

“Walau bagaimanapun, tiada peruntukan dalam akta yang membenarkan pengeluaran untuk b.encana alam,” katanya dalam satu kenyataan.

KWSP berbesar hati dengan pendirian beberapa kesatuan negara seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia MTUC, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam CUEPACS dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia MEF, yang menyuarakan kebimbangan mereka terhadap masa depan persaraan pekerja di Malaysia dan mahukan pemberhentian pengeluaran khas simpanan KWSP.

Ia berkata, ketika negara sedang membina semula ekonomi dan orang ramai telah kembali bekerja, tumpuan utama kini adalah untuk memulih dan membina semula simpanan KWSP.

Katanya, fokus KWSP kini adalah untuk terus melindungi simpanan ahli, selaras dengan mandatnya, dan memastikan ahli turut memulihkan dan membina semula simpanan persaraan mereka bagi menjamin persaraan yang selesa.

“KWSP amat bersimpati dengan rakyat Malaysia berikutan keja.dian b.anjir. Sebagai organisasi yang bertanggungjawab dari segi sosial, KWSP dan organisasi lain perlu memainkan peranan penting ke arah kesejahteraan masyarakat.

“Oleh yang demikian, KWSP, melalui penyertaannya di bawah Rangkaian Tindak Balas B.encana GLIC/GLC GDRN, telah menawarkan sokongannya melalui sumber di bawah keupayaannya, termasuk peruntukan RM 10 j.uta yang diperoleh daripada penjimatan melalui perbelanjaan o.perasi yang telah diperuntukkan oleh KWSP,” katanya.

KWSP ingin menegaskan bahawa tiada kesan material ke atas dana atau pulangan ahli kerana peruntukan berkenaan adalah daripada perbelanjaan operasi yang telah diperuntukkan.

Katanya, bantuan akan disalurkan melalui sumbangan berbentuk barangan yang diperlukan oleh mereka yang terjejas dan disalurkan melalui pertubuhan amal bukan untung yang berkredibiliti.

“Dengan hampir 15 j.uta ahli, sebarang bantuan melalui pertubuhan kebajikan dan melalui usaha sukarelawan KWSP sendiri akan memberi manfaat kepada ahli dan keluarga mereka secara langsung dan tidak langsung.

“Dengan langkah yang dilaksanakan untuk menyokong pemulihan ekonomi, KWSP berharap ini akan membantu dalam menangani keperluan rakyat sambil meyakinkan ahli bahawa KWSP kekal komited terhadap mandat dan tujuannya untuk menjamin kesejahteraan masa depan persaraan ahli,” katanya.

Mengulas lanjut, KWSP berkata, skala dan kesan pandemik C0VID 19 yang tidak dijangka serta kejad.ian b.encana alam baru-baru ini menolak perlindungan sosial semasa negara ke tahap maksimum dan pendekatan menggunakan simpanan KWSP untuk keperluan kec.emasan pastinya akan memberikan impak yang teruk tatkala ahli sedang berhadapan dengan ketidakcukupan wang simpanan persaraan, ditambah lagi dengan ketidaktentuan lain seperti peningkatan kos penjagaan kes.ihatan.

Ia berkata, skim pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar pada 2020, diikuti oleh i-Citra pada Julai 2021, adalah bersifat luar biasa kerana inisiatif itu telah diperkenalkan semata-mata untuk memenuhi keperluan aliran tunai yang mendesak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan PKP dan kelembapan ekonomi.

“Setakat Oktober 2021, sebanyak RM 101 b.ilion dikeluarkan di bawah tiga skim pengeluaran ini. Ini adalah bersamaan 22 peratus daripada RM 530 b.ilion pakej rangsangan yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.

KWSP berkata, walaupun skim pengeluaran itu memberikan sedikit kelegaan kewangan kepada ahli semasa pmandemik dan PKP, ia menyebabkan 6.1 j.uta ahli kini mempunyai kurang daripada RM 10,000 dalam akaun KWSP mereka, yang mana 3.6 j.uta daripadanya mempunyai kurang daripada RM 1,000, sememangnya tahap yang tidak dapat menjamin persaraan ahli.

Ia berkata, majoriti mereka yang membuat pengeluaran kec.emasan daripada KWSP adalah dalam kalangan Bumiputera.

“Hasil daripada pengeluaran itu, sebanyak 4.4 j.uta atau 54 peratus ahli Bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM 10,000, dan dua juta atau 25 peratus mempunyai kurang daripada RM 1,000.

“Ini amat membimbangkan kerana bilangan ini mencerminkan peningkatan peratusan ahli yang tidak mencapai kuantum Simpanan Asas KWSP sebanyak RM 240,000, iaitu jumlah minimum yang diperlukan oleh ahli apabila mencapai umur 55 tahun,” katanya.

Selain penyusutan pendapatan masa depan individu, KWSP juga bimbang bahawa ketirisan selanjutnya akan menjejaskan kedudukannya sebagai organisasi simpanan persaraan dan pemegang amanah masa depan persaraan ahli.

Sebagai pemegang amanah, KWSP mempunyai kewajipan fidusiari dalam menjaga kepentingan yang saksama untuk semua ahlinya, lebih-lebih lagi apabila masih terdapat berj.uta ahli yang tidak menyentuh simpanan mereka dengan harapan untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik demi menjamin kehidupan persaraan mereka kelak.

“Sehingga kini, terdapat lebih RM 270 b.ilion simpanan KWSP yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa oleh ahli yang sudah mencapai umur lebih 55 dan 60 tahun, mahupun yang mempunyai simpanan lebih RM 1 j.uta dalam akaun KWSP mereka.

“Dibimbangi bahawa kemelesetan kepercayaan terhadap KWSP akan memaksa golongan ahli ini mengeluarkan simpanan mereka dengan banyak akan memberikan impak yang negatif terhadap pasaran domestik memandangkan KWSP adalah tunggak utama dalam pegangan aset pelaburan pasaran modal dan kewangan dalam negara,” katanya.

KWSP berkata, pengurusan keselamatan pendapatan hari tua kekal sebagai mandat utama dan panduan kepada pengurus dana persaraan itu dalam membangunkan strategi penjagaan dana warga emas yang sistemik.

Kredit Gambar

Ia berkata, Malaysia mempunyai sembilan tahun saja lagi untuk mencapai status negara menua pada 2030.

Katanya, jumlah warga emas yang memerlukan sokongan kerajaan akan meningkat secara mendadak daripada 3.5 j.uta pada 2021 kepada 5.3 j.uta ataupun 15 peratus daripada keseluruhan penduduk pada 2030 dan 7.4 j.uta ataupun 21 peratus daripada keseluruhan penduduk pada 2042, seterusnya memberikan cabaran dalam merangka dasar dalam aspek seperti pekerjaan, jaminan pendapatan dan penjagaan kes.ihatan.

“Ini menyerlahkan lagi kepentingan mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi untuk kesejahteraan masa depan selain membendung sebarang kejutan kewangan masa hadapan,” katanya.

Sumber : BH / 0nlinemaIaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.