“Kesilapan paling besar saya adalah..” Ifa Raziah mengakui dia menyesal seumur hidup kerana mengubah..

Penyanyi sensasi, Ifa Raziah mengakui dia menyesal seumur hidup kerana mengubah ciptaan Tuhan selepas melakukan prosedur kosmetik pada bahagian dagunya ketika berusia 21 tahun.

Kata Ifa, gara-gara hendak cantik, dia yang masih muda terpengaruh pada hasutan rakan-rakan sebaya dan mendapatkan suntikan silikon untuk mendapatkan dagu yang dianggap menawan.

“Kesilapan paling besar saya adalah menukar dagu asal yang berlekuk. Saya memang menyesal tak sudah, rupa-rupanya orang lebih suka dagu berlekuk.

“Ada sampai lakukan pembedahan untuk mendapatkan bentuk lekuk itu. Bodohlah, itu memang ‘zaman jahiliyah’ saya. Sejak dilahirkan saya memiliki dagu yang berlekuk.

“Tapi saya suntik silikon sebab kejap-kejap orang sentuh dagu. Kalau tidak memang dagu saya bentuknya seperti dagu Siti Nurhaliza,” katanya di media sosial.

Menambah kecewa, kata Ifa, selepas beberapa ketika dia kemudian mengambil keputusan untuk mengubah semula bentuk dagu kepada yang asal.

Bagaimanapun, Ifa, 48, berkata prosedur itu rupa-rupanya tidak semudah yang disangkakan.

“Itulah yang pertama dan terakhir. Nak bedah dapatkan bentuk lebih elok semula memakan kos lebih mahal daripada rawatan yang pertama.

“Zaman itu filler bukan kolagen (silikon) macam filler zaman sekarang. Pada waktu itu, saya tidak cukup duit untuk lakukan pembedahan, jadi saya ‘cucuk’ saja.

“Saya dah lakukan pembedahan dua kali untuk kembalikan pada bentuk yang asal, tapi tak berjaya,” tambahnya.

Ifa juga sempat menitipkan pesanan buat pengikut-pengikut di media sosial agar jangan sesekali mengubah ciptaan Tuhan kerana pasti akan mendatangkan penyesalan pada hari kemudian.

“Janganlah nak cucuk sini sana. Jahanam nanti cucuk-cucuk. Kita manusia buat silap dan itulah kesilapan saya,” katanya.

Bagaimanapun, Ifa mendakwa, bibirnya yang tebal adalah bibir yang asli tanpa melakukan sebarang rawatan atau pembedahan.

“Zaman dulu suka bibir nipis, tapi zaman sekarang orang siap buat itu ini nak bagi ia tebal. Saya bersyukur dikurniakan bibir yang tebal.

“Pernah juga terfikir nak ubah bentuknya menjadi nipis, tapi nasib baik ada orang halang jangan buat. Mujur saya tak buat sebarang prosedur pada bibir.

“Saya tidak pernah tipu, kalau cucuk saya cakap cucuk, kalau bedah saya cakap bedah. Tapi jangan suruh saya mengaku benda yang saya tidak buat,” katanya.

Sumber : malaysiakini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *