Hiburan

“Kes Saman Siti Nordiana,” Ini Yang Bakal Berlaku Jika Lima Sekawan Gagal Jawab Tuntutan

Minggu lalu kemelut antara Siti Nordiana bersama Lan SoloSyura Badron serta tiga lagi individu memasuki episod baru apabila Nana menuntut permohonan maaf menerusi media serta membayar RM500,000 setiap seorang.

Tiga individu lain yang turut didakwa ialah isteri kepada Lan, Sheila Hassim, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin.

Terbaru, peguam Nana, Abang Azlan memaklumkan tiada kerjasama daripada pihak Lan Solo, Syura dan tiga individu lain berhubung tuntutan saman dibuat oleh penyanyi itu.

Katanya lagi, sehingga proses pengurusana kes yang dijalankan secara eReview Isnin lalu, kelima defencan masih tidak menfailkan kehadiran dan pernyataan pembelaan setelah writ saman dan pernyataan tuntutan diserahkan kepada mereka 2 Ogos lalu

Sehubungan itu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memberi tempoh sehingga 17 Ogos ini untuk kelima-lima defendan itu untuk berbuat demikian.

Menurut Abang Azlan, jika defendan gagal berbuat demikian kemungkinan besar boleh diisytiharkan muflis. Dalam pada itu, Abang Azlan berkata kelima defendan terbabit masih tidak diwakili peguam.

“Seperti kita tahu, untuk diisytihar muflis tuntutan itu mesti melebihi RM100,000 dan dalam tuntutan saman ini anak guam saya menuntut RM500,000 daripada setiap seorang.

“Perkara ini (muflis) berkemungkinan berlaku sekiranya defendan gagal untuk beri pengesahan kehadiran beserta kenyataan pembelaan selewa-lewatnya 17 Ogos ini,” katanya.

Terdahulu, Nana, memfailkan saman ke atas lima individu itu atas dakwaan memfitnahnya di platform media sosial menerusi sesi siarang langsung di Instagram.

Nana mendakwa pada 20 Julai lalu kira-kira 11.58 malam, melalui siaran langsung yang dikendalikan oleh Nur Sheila dan disertai empat defendan lain, masing-masing telah menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.

Nampaknya kemelut antara Siti Nordiana bersama Lan SoloSyura Badron serta tiga lagi individu memasuki episod baru apabila Nana menuntut permohonan maaf menerusi media serta membayar RM500,000 setiap seorang.

Tiga indivdiu lain yang turut didakwa ialah isteri kepada Lan, Sheila Hassim, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin. Peguam yang mewakili mereka iaitu Alan Razak mengesahkan telah pun menerima writ saman dan pernyataan tuntutan.

Alan turut memberitahu, Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi tuntutan tersebut.

“Selepad ini akan ada sesi pengurusan kes yang mana akan dijalankan secara vitrual melibatkan saya dan peguam Siti Nordiana dengan pihak Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada 9 Ogos ini.

“Melalui sesi itu juga, mahkamah akan minta peguam-peguam untuk explore kebarangkalian untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu melalui perbicaraan penuh,” katanya.

Sebelum ini, Siti Nordiana menuntut lima individu tersebut untuk membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam serta membayar RM200,000 setiap seorang kepadanya. Bagaimanapun, kelima individu berkenaan gagal berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan.

Sumber : r0tikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.