Kelibat Aliff aziz dan Ruhainies ditngkap sekali lagi? tapi kali ni berada dimahkamah pula

Pelakon kontroversi Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat hadir selama tiga jam ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis,

Sumber Harian Metro berkata, pasangan itu tiba di mahkamah pukul 8.40 pagi dan dilihat beredar pukul 11.50 pagi.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan kedatangan mereka ke mahkamah tapi mungkin bersabit kes tangkapan khalwat pasangan itu oleh pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Sumber berkata, bon jaminan RM1,500 yang diberikan mahkamah kepada kedua- duanya dilanjutkan.

Menurutnya lagi, prosiding kes itu bakal berlangsung di Mahkamah Tinggi di sini pada 3 Julai ini.

Sementara itu, sumber rapat dengan Aliff Aziz berkata, tujuan kedatangan kedua- dua pelakon itu ke mahkamah bukan untuk pendakwaan tetapi berkaitan kes khalwat mereka.

“Pertuduhan dibacakan hakim syarie tetapi tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua mereka,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Aliff memohon orang ramai mendoakan kes khalwat membabitkan dirinya dengan Ruhainies menemui jalan penyelesaian terbaik.

 

Menurut Aliff, buat masa ini dia hanya menunggu tindakan selanjutnya selepas memberi sepenuh kerjasama kepada pihak Jawi.

Sebelum itu, Pengarah Jawi Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff dan Ruhainies selesai.

Mohd Ajib berkata kertas siasatan itu sudah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens) untuk tindakan lanjut

Sumber : gem pak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *