Hiburan

Kecoh Rakaman Artis Terkenal Ini Selamba Tendang Tetamu Undangan

SUSULAN beberapa isu melibatkan penyanyi dangdut Ayu Ting Ting sejak kebelakangan ini, satu patisyen diwujudkan bagi menggesa selebriti itu dib0ikot daripada muncul di kaca televisyen.

Kempen memboikot itu merujuk kepada sebuah video klip memperlihatkan Ayu pernah menendang seorang tetamu undangan dalam sebuah program TV Brownis pada tahun 2019.

Tindakan itu disifatkan sebagai tidak sopan dan beretika.

Sehingga Jumaat, lebih 60,000 orang telah bersetuju dan menandatangani petisyen tersebut.

Namun, tetamu undangan tersebut Andika Kangen Band tampil menjelaskan ia adalah sebuah gimik dan tiada apa-apa yang berlaku.

“Tiada apa-apa yang berlaku. Saya hanya duduk tiba-tiba Ayu datang itu sahaja.

“Disebabkan tuntutan pekerjaan. Ada senario yang dilakukan, ada sketsa dan ada gimik,” katanya.

Ayu Ting Ting didakwa menendang seorang tetamu undangan dalam sebuah program televisyen Brownis pada Januari 2019.

Netizen menganggap tindakan tersebut adalah keterlaluan dan tidak bertika. – Liputan6

Ayu Ting Ting terus dikec4m

Terdahulu Nama penyanyi Indonesia, Ayu Ting Ting kembali menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat gara-gara aksinya dibelai manja pelakon Andre Taulany, baru-baru ini.

Sebaik mengetahui perkara ini, Ivan Gunawan yang mengaku jatuh cinta pandang pertama pada Ayu cuba mempertahankan penyanyi dangdut itu.

Menerusi saluran YouTube Trans TV Official, Ivan berkata, dia kasihan dengan Ayu yang selalu menjadi sasaran netizen yang tidak menyukainya.

Walaupun diasak pengacara Deddy Corbuzier yang mengatakan Ayu tidak mahu simp4ti mana-mana pihak, Ivan tetap mempertahankan keputusannya.

Ivan dalam keadaan emosi menjelaskan bahawa tidak semua perbuatan Ayu itu salah.

IVAN Gunawan pertahankan Ayu yang kerap dikecam netizen.
“Ada artis lain yang membelai-belai dia, siapa yang salah? Jangan salahkan Ayu dan fikir dia jahat. Saya tidak suka dan perlu jaga dia,” katanya.

Ivan berkata, emosinya timbul selepas membaca komen di media sosial Ayu.

“Bukan semua salah Ayu. Saya ingin hidup bahagia dan begitu juga Ayu. Kita perlu mendoakan yang baik-baik buatnya,” katanya.

Ivan kemudiannya memeluk Ayu sekali gus membuatkan penyanyi ini menangis. Melihatkan situasi ini, dia yang tidak dapat mengawal perasaan turut sama menangis.

Sumber : limauasamboi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.