“Kau jadikan PA laki kamu, sedangkan tahu laki tu napsu buas” laki kau goda dan ayat budak mentah tu.. Bella teruk dihentm ahli keluarga

Pendedahan oleh penyanyi dan pelakon Bella Astillah baru-baru ini mengejutkan ramai apabila memberitahu suaminya Aliff Aziz bukan saja curang 11 kali malah turut curang dengan adiknya sendiri, Eriqa Astillah.

Malah, Bella mengatakan dia turut membuang adiknya sendiri dan mempertahankan Aliff kerana sayangkan suaminya itu.

Terbaru, tular perkongsian seorang individu dipercayai ahli keluarga Bella di Sabah tampil mempertahankan Eriqa. Individu dikenali sebagai Aira Rasyida menyelar tindakan Bella menyebarkan aib keluarga.

Individu itu turut mendakwa Bella wanita bodoh kerana masih menyebelahi lelaki tersebut serta mendakwa suaminya itu yang menggoda adiknya serta menghancurkan keluarga mereka.

“Bukan setakat aib adik sendiri, aib seluruh keluarga di share kan. Allahuakhbar… ingat la. Setiap perbuatan akan kena diri sendiri. Maka, terimalah ini kifarah.

“Kau bodoh, laki kau dah buat teruk dengan keluarga. Laki kau goda-goda dan ayat budak mentah tu. Tapi kau masih menyebelahi lelaki bangsat tu,” tulisnya.

Menurutnya lagi, Eriqa adalah di bawah jagaan Bella dan dijadikan sebagai pembantu peribadi kepada Aliff sedangkan tahu bahawa suaminya bernafsu buas.

Dalam pada itu, individu itu turut kesal kerana Bella mengaibkan benda yang sudah lama berlaku dan baru sekarang baru ingat tentang keluarga.

“Budak tu kamu yang jaga, kamu jadikan PA untuk laki kamu. Sedangkan kamu tau lelaki gila barua tu nafsu buas, tapi kau pun sama, lebih pilih bangsat tu dan kau sanggup hilang keluarga demi barua ni.

“Dan lagi 1 untuk apa kau nak aibkan benda lama, dari dulu aku nak bertindak dan nak belasah laki bangsat kamu ni, Kamu jadi bodoh. Ini semua salah laki kamu. Kalau kali ini kamu masih lagi dengan lelaki anjing, aku sanggup tak hadap kamu,” katanya.

Menerusi entri itu, individu berkenaan turut memuat naik gambar bersama Eriqa yang kelihatan dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sumber : rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *