“Kantoi buat group chat kutuk belakang” Kieda minta 12 staff hantar surat resign 24 jam

Lazimnya, setiap individu meluangkan masa di tempat kerja sekurang-kurangnya lapan hingga 12 jam sehari.

Namun bagi sesetengah orang,baik majikan mahupun pekerja menganggap hubungan yang terjalin lebih daripada hubungan profesional.

Ini kerana masa di tempat kerja banyak dihabiskan berbanding di rumah hingga ada majikan menganggap staf sebagai ahli keluarga sendiri.

Namun, tidak semua orang bertuah memiliki hubungan yang baik kerana ada juga majikan yang tidak menghargai pekerja dan sebaliknya.

12 Orang Staf Kantoi Buat Grup WhatsApp Kutuk Bos

Terbaharu, usahawan dan pempengaruh terkenal Khalieda Yusra meluahkan rasa kecewa apabila mendapat tahu 12 orang pekerja mengutuknya di belakang.

Pendedahan itu dibuat oleh Kieda sendiri menerusi akaun Facebook rasmi miliknya.

Menurut usahawan itu, segalanya terbongkar apabila dia mahu meminjam telefon bimbit milik salah seorang staf untuk menggunakan kamera bagi membetulkan tudungnya.

Namun dengan kuasa Allah SWT, terdapat notifikasi mesej WhatsApp yang mengutuk dirinya masuk ke telefon bimbit pada ketika itu.

“Saya baru hendak pakai pin tudung, saya nampak notifikasi masuk dekat atas (skrin telefon). Allah bagi petunjuk,” jelas Kieda menerusi video berkenaan.

Minta Staf Buka Perbualan Grup WhatsApp

Terkejut dengan notifikasi tersebut, dia lantas meminta staf berkenaan membuka kumpulan WhatsApp tersebut.

Difahamkan, kumpulan WhatsApp berkenaan ditubuhkan pada 14 November yang lalu semasa siri jelajah Kieda Crepe di Semenanjung Malaysia.

“Saya baca bermula 14 November 2023 daripada group itu ditubuhkan, saya baca semua benda. Depa kutuk saya.

“Daripada saya nak buat cabutan bertuah, saya dah kata cabutan bertuah ni staf tak boleh join (sertai), keluarga saya pun tidak boleh join, sebab saya buat untuk menghargai pelanggan.

“Itupun mereka mengata saya. Sedih la saya,” kata Kieda lagi.

Sebelum itu, Kieda turut berkongsikan tangkap layar perbualan kumpulan WhatsApp yang menunjukkan stafnya itu mahu berhenti kerja serta mengata dia dan suaminya.

Foto: Tangkap Layar Instastory Kieda Crepe

Buat Laporan Polis & Pejabat Buruh Untuk Tindakan Selanjutnya

Kieda menerusi hantaran terbaru menjelaskan bahawa dia telah membuat laporan polis serta akan ke pejabat buruh bagi tindakan selanjutnya.

Daripada 12 orang pekerja tersebut, lapan daripadanya akan diberi surat amaran manakala lima lagi akan diambil tindakan selepas perbincangan bersama pejabat buruh.

Perkongsiannya itu nyata mengundang pelbagai reaksi dari warganet. Rata-rata bersimpati dengan nasib yang menimpa usahawan wanita itu.

Ini kerana Kieda dilihat sering mendahului dan membelanja staf menerusi video-video yang pernah dikongsikan di akaun media sosialnya.

Terdahulu, usahawan wanita itu telah memuat naik satu video mendedahkan 12 orang pekerja yang mengutuk dirinya dalam satu kumpulan WhatsApp.

Malah, pekerja berkenaan merancang untuk berhenti secara serentak, namun, Kieda telah meminta mereka untuk menghantar sendiri surat perletakan jawatan.

Berikut antara komen netizen:

Sedih Terasa Bila Dengar Benda-Benda Macam Ni, Semoga Kuat

Pernah Kena, Memang Sakit Sangat, Bila Terlalu Rapat Macam Keluarga, Bila Ditegur Dia Takkan Boleh Terima

Bila Dikhinati Macam Ni, Memang Sakit

Sumber : buzzkini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *