“Kamipun dah tua, dah semkin dekat..” hampir 2 tahun tak berjumpa. Ini pesanan terakhir Dato Yusof Haslam pada Syamsul

Penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam reda jika ditakdirkan anaknya, Syamsul Yusof enggan pulang ke rumah bertemu keluarga.

Yusof berkata, dia dan isteri iaitu Datin Patimah Ismail hanya mampu mendoakan kesejahteraan anaknya walaupun sudah tidak lagi bersua muka.

“Tetapi, apabila masa berlalu, kami pun sudah tua dan semakin dekatkan diri pada Allah, jaga keluarga dan nikmati hari indah bersama anak cucu. Kenapa kita hendak beratkan otak kita.

“Kita doakan yang baik daripada jauh. Kalau suatu hari, dia (Syamsul) ingat hendak balik kepada kita, Alhamdulillah. Kalau tidak, kami reda,” katanya.

Tambah Yusof lagi, tiada sekelumit rasa benci mahupun menyimpan dendam terhadap anak sulungnya itu.

Sekalipun tidak bertemu Syamsul sejak berkahwin dengan Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi pada awal tahun lalu.

“Soal dia hendak balik atau tidak, terserah kepada dia. Tak ada ibu bapa yang benci anaknya.

“Saya sentiasa doakan yang terbaik untuknya. Ada orang cakap pada saya yang Syamsul berharap saya akan sokong filem terbaharu arahannya berjudul Original Gangster.

“Saya jawab balik yang saya bukanlah jenis orang yang menyimpan dendam. Saya tetap mahu dia berjaya. Kalau dia berjaya, orang akan cakap dia anak saya.

“Apapun biarlah masa dan keadaan yang menentukan,” kata Yusof ketika ditemui pada majlis rumah terbuka dan ulang tahun perkahwinan ke-41 di Darul Haslam, Taman Melawati di sini, malam tadi.

Sumber : obulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *