“Kami berdua profesional..” selepas dikatakan tidak bersama Amelia lagi, ramai minta Sharnaaz dan Nabila kembali semula

Pempengaruh dan usahawan Noor Nabila mengakui sudah lama move on dari hubungannya dengan bekas suami, Sharnaaz Ahmad apabila ditanya netizen untuk kembali bersama semula.

Belum sedia jalin hubungan
Menurut kakak kepada selebriti Neelofa ini, dia masih belum terbuka hati untuk menerima pasangan baru dalam hidupnya buat masa ini.

Namun begitu, Nabila masih mengekalkan hubungan rapat dengan Sharnaaz demi anaknya, Jebat Jayden.

Kami berdua profesional sebab kami ada anak bersama.

Lagipun saya belum bersedia untuk menjalin hubungan dengan sesiapa. Saya mahu fokus pada diri dan anak saya. Jujur saya tiada masa nak fikir soal bercinta sekarang.

Jika ada rezeki
Namun, pada masa yang sama, Nabila tidak menolak jodoh walaupun selepas melalui episod kegagalan rumah tangga sebelum ini. Menurutnya, jika telah sampai jodohnya, dia dengan hati terbuka akan menerima.

Kalau ada rezeki untuk saya berumah tangga lagi dan masa itu sesuai saya terima apa saja takdir yang tertulis untuk saya.

Terdahulu, bekas suami Nabila iaitu Sharnaaz Ahmad telah terpalit kontroversi dimana telah dikatakan dia dan teman wanitanya, Amelia Christie tidak lagi bersama selepas saling unfollow di Instagram. Namun kenyataan tersebut tidak diulas lanjut oleh aktor itu.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *