Dunia

Kak lpar Ajak Pergi Kedai Emas, Lepastu Rilek je Dia Suruh Aku yg Bayar kan Gelang Tgn, Akhirnya ini yg berlaku

Gambar sekadar hiasan.

Baca perlahan-lahan dan ambil iktibar dari kisah ini. Pertama sekali terima kasih kerana siarkan cerita panjang yang saya tulis di page.

Saya tidak sangka akan dapat banyak respons, baik positif mahupun negatif, saya terima dengan hati terbuka, Alhamdulillah dan terima kasih pada yang banyak mendoakan saya.

Semasa saya tulis cerita itu hari itu, tersedu-sedu saya menaip sebab tidak pernah saya meluahkan. Terima kasih sangat-sangat pada yang mendoakan saya kuat.

Ramai juga yang mendoakan saya supaya rujuk dengan bekas suami, namun maaf.

Mungkin saya belum kuat, dan luka masih belum sembuh selepas last kejadian di rumah mertua, tidak apalah, biarlah benda tu saya cuba lupakan dulu.

Namun, tidak mudah sebenarnya untuk saya kembali dengan bekas suami. Ya, sayang tu masih ada.

Saya sayang sangat dengan bekas suami, terlalu sayang sehingga saya tahan untuk terus tinggal di rumah tersebut.

Ada juga saya lihat komen mengatakan saya tak betul sebab lepaskan bekas suami, namun sekiranya berada di tempat saya, anda akan tahu mengapa saya buat keputusan tersebut.

Saya tidak mahu bekas suami menjadi anak drhka, buruk bagaimanapun, itu ibu yang melahirkan bekas suami, yang membesarkan bekas suami.

Khilaf saya, saya tidak dapat menjadi insan yang boleh bersabar lagi untuk tahan, saya gagal bersabar.

Bekas suami masih contact saya, dan pujuk saya. Selalu juga dia tunggu di tempat saya kerja dan memujuk saya dan berjanji akan bawa saya duduk jauh dari keluarganya.

Namun saya tidak sampai hati memutuskan hubungan anak beranak. Saya cakap pada bekas suami.

Isteri boleh diganti namun bukan seorang ibu, bukan juga adik beradik. Bekas suami menangis. Kami menangis bersama-sama. Ujian yang kami terima, kami redha.

Saya keras hati? Ya, saya tak nafikan. Mungkin sebab dah lama saya berlembut dengan mereka yang suka mengambil kesempatan.

Saya bukan bodh, apabila saya sedar saya dipergunakan, saya selalu pujuk suami supaya kami pindah dan tinggal sendiri.

Saya akan ajak suami berbincang sampaikan pernah juga brbalah kerana suami tidak akan tinggalkan ibunya. Lagipun rumah mertua dikira rumah pusaka.

Ada juga yang berkata saya suka mengungkit, maaf ini saya sangat tidak dapat terima, sepanjang tiga tahun saya di rumah itu, saya tidak pernah mengungkit di hadapan mereka.

Suami ada ajak saya berbincang dan saya tahu kalau ikutkan gaji dia sahaja, mana mampu menanggung semua.

Saya cakap takpe abang, saya akan tolong. Family abang, family saya juga. Saya tidak kisah kerana saya mampu.

Saya cuma mengungkit pada hari saya ditmpar mertua dan diblsah kakak ipar, ya saya mengungkit hanya pada hari itu kerana saya tidak tahan.

Saya tahun mereka tidak akan berubah, mungkin semakin teruk. Ramadhan lepas ini memang la sedih tanpa suami namun saya akan kuat.

Saya berbuka dengan ibu saya pada hari pertama berpuasa. Di rumah mertua dahulu, kalau tibanya bulan puasa dan raya.

Saya akan awal awal susun perbelanjaan untuk mereka, semua persiapan raya mereka.

Selalu juga bekas mertua, kakak ipar dan suaminya request kami bawa mereka berbuka di restoran mewah dan makanan sedap-sedap.

Baju raya yang mahal-mahal, dan pernah kakak ipar mengajak saya teman dia ke kedai emas, tanpa mengesyaki apa, saya drive kan sahaja bawa dia ke kedai emas, di sana dia pilih gelang tangan dan terus minta saya bayarkan.

Terkejut, saya terus cakap tidak mahu, kerana budget cukup-cukup untuk bulan puasa dan raya, untuk persiapan raya satu keluarga.

Kakak buat muka, keluar kedai masuk kereta dan hempas pintu kereta saya. Lama juga kami tidak bertegur sapa.

Tapi tidak apalah, saya tetap halalkan semua, saya hanya manusia biasa, ada khilafnya, sifat sabar saya ada limit. Pada yang kata saya berkira, ya mungkin betul.

Sebab saya yang bekerja, tidak berehat untuk siapkan projek. Saya bukan malaikat. Selepas saya mulakan hidup baru, saya semakin dekat dengan Tuhan.

Sebelum ini saya hanya tunaikan solat wajib, itu sahaja. Alhamdulillah, kini Malam-malam saya bangun dan solat untuk minta ampun atas dosa saya meminta perpisahan daripada suami.

Saya harap sangat saya diampunkan. Bekas kakak ipar masih mengganggu dengan menghantar message bukan-bukan.

Kak lpar Mendoakan saya pergi buat selamanya dengan cepat dan memaki hamun namun saya tidak reply kerana apa yang penting saya nak mulakan hidup baru.

Bekas adik-adik ipar saya yang masih belajar juga ada yang telefon saya, pada mulanya saya fikirkan mereka betul-betul rindukan saya.

Dan mahu saya dan abang mereka berbaik namun meleset apabila di akhir perbualan mereka berkata “kalau cikngah takde, siapa nak bagi elaun kat adik tetiap bulan? mak dengan abang kalau bagi pun sikit.”

Hati saya perit lagi, tidak habis-habis. Bekas kakak ipar pun ada message cakap “ko jangan nak lepas tangan, perempuan jahnam.

Yang ko pergi potong astro dengan wifi rumah ni kenapa? Ko tunggu aku suruh laki aku cari ko”. Saya screensht dan saya hantar pada bekas suami, dan cakap

Abang, saya minta maaf tapi saya dah tak sanggup dah. Selepas itu, saya putuskan semua contact dengan bekas suami, saya tukar nombor apa semua.

Sebab itu kadang-kadang saya tahu bekas suami masih tunggu saya di tempat kerja saya, tapi dia hanya duduk dalam kereta.

Mungkin perhatikan saya dari jauh. Mungkin. Akhir kata, saya maafkan semua perkara, saya hanya maafkan, tetapi tidak lupa.

Saya cuma terbayang, mungkin ada lagi orang di luar sana senasib dengan saya, namun lebih teruk. Sekurangnya saya masih boleh hidup sendiri.

Boleh berdikari, saya masih ada keluarga saya. Bagaimana mereka yang tidak bekerja? Tiada pendidikan? Hanya bergantung pada suami?

Sebab itu saya selalu pesan pada adik perempuan saya, belajar betul-betul, bekerja, jadi kita boleh hidup sendiri kalau ada apa-apa.

Kita tidak terlalu bergantung pada suami. Mungkin ramai yang tidak setuju, tapi tidak apalah, masing-masing ada pendapat sendiri. Kita doakan yang baik-baik untuk diri kita semua.

Aizat: Btul dah tu sis…sabar ada hadnya…sy pun x suka bila baca tntg perangai fmly suami tu.

Tp jgnlah smpai hati benci pd mereka..ckuplah skadar bnci atau x suka dgn perangai dorg tu..doakan mereka..ada hikmah semua trjadi…sbb tu Allah tak bagi anak dsb…

Allah sebaik baik perancang…x ada jodoh..tp kita xtahu in da future…cuma satu peringatan sy pada sis…

KEBALKAN diri dengan dinding agama…zaman sekarang orang boleh buat apa saja kalau hati da geram walau agama larang macam mana pun..bukan nak buruk sangka…tp skadar peringatan…

Allah Maha Mendengar…Dia Maha Adil…so no worries n jgn lupa report polis kalau bertambah buruk…may Allah protect U n ur Family

Nurul: Tak tahu kenapa sedih sgt. Kejamnya kakak ipar tu. Too much! Seriously this story really open our eyes. Women, dunt let any people take advantage on u.

Niat sedekah pada awalnya ok la sikit2 but kalau dah tanggungjawab byr tu byr ni beli tu beli ni on u… it’s too much. Mrs.A, u’re strong women.

Please make a police report and we pray for your happiness. Moga Allah redhai dan permudahkan perjalanan hidup selepas ini serta dimurahkan rezqi..amin.

Azie: Btl..ade mentua yg mcm tu…nk mmkn hasik titikpeluh menantu aje..mcm suami sy yg skrg…arwah isteri dia yg dulu tlh meninggal..

Bila dia kawin dgn sy,keluarga mentuanya x suka sbb risau suami sy xkn bg lg duit belanja pd keluarga mereka..

Adk ipar dia yg dulu siap htr msg maki2 sy dn ckp sbb sylah ibunya menangis tiap mlm.

Sampaikn ank suami pun diorg xnk bg…xtahu knp xnk bg suami kawin dgn sy sdgkn sy bekerja tetap di sektor awam…

Bonda: Bertabahlah dik…akak doakan adik tenang dlm mnjlani ibadah puasa wpun pedih sebenarnya mlalui fasa penceraian..ive been in ur shoes b4..

Mmng bukan mudah..namun Allah ada
Take ur time 2 understand urself
Apa yg berlaku..penuh dgn hikmah utk semua pihak..

Ujian Allah utk adik..iktibar utk semua orang..trmasuk diri sy

Semoga adik d anugerahkn kbhagian…jika bukan d SINI..tentunya Allah sediakn d SANA..Mama Adam Luqman

Khalisah: I get very emotional reading your story. Sy sokong apa yg awak buat. Woman power! Kuat dan keraskan hati awak. Move on! You owe them nothing.

If possible, cari tempat kerja baru. Build a new life syg. You have your family and that’s more than enough. I don’t trust your abang ipar.

He can harm you. If necessary make a police report. You have so much love in your heart, moga Allah mudahkan urusan awak. Fix your heart and be happy.

Sumber : IIUM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *