“Kak Lin, terima kasih atas penganiayaan ini” tular vdeo kata terakhir Tyzo pada DJ Lin suria cinta

Berita mengenai penamatan penyampai radio Suria FM, Tyzo sebagai deejay di segment petang bersama Sharifah Shahira ternyata telah mengecewakan ramai peminatnya.

Pemenang penyampai radio popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 ini mengakui tidak reda atas takdir ini kerana perkara tersebut bukan keputusannya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, tular sebuah video memaparkan kata-kata terakhir Tyzo kepada Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin.

Dalam video tersebut, Tyzo mengucapkan terima kasih kepada DJ Lin atas ‘penganiayaan’ terhadapnya.

“Kak Lin, terima kasih atas penganiayaan ini,” katanya dalam video siaran langsung yang telah disunting oleh netizen itu di platform X.

Susulan itu, menjengah ke ruangan balas ciapan tersebut ramai yang meluahkan rasa berang terhadap DJ Lin sekiranya benar dia mempunyai perasaan hasad dengki terhadap Tyzo seperti didakwa ramai.

Malah, ada juga netizen mendakwa terdapat konflik antara Tyzo dan DJ Lin gara-gara tidak memenangi trofi ABPBH35.

Meskipun DJ Lin teruk dikecam di Instagram, namun penyampai radio di segment malam itu langsung tidak mengendahkan segala kritikan netizen.

Sumber : xtra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *