Dunia

“Jumpa Paip Misteri Sedalam 125 Kaki,” Utuber Ini Masukkan GoPro Dan Tak Sangka Ini Yang Dia Jumpa

Rasa ingin tahu dalam diri setiap manusia tak akan pernah padam, dari sekecil-kecil zarah hingga ke seluas lautan, semuanya telah diselidiki dan dikaji.

Sama juga apabila melibatkan sesuatu benda yang berada di bawah tanah. Bila terjumpa sesuatu yang pelik dan lama ditinggalkan, ia akan menjadi ‘bahan’ eksperimen.

Bercakap mengenai perkara tersebut, pernah tak korang terjumpa lubang atau paip lama yang didirikan di dalam tanah? Rasa ingin tahu pasti membuak-buak di dalam diri dan mula tertanya-tanya mengenai apa yang berada di dalam tanah tersebut.

Mungkin disebabkan itu juga, seorang lelaki telah ‘membongkar’ mengenai apa sebenarnya yang berada di bawah sebuah paip.

Menerusi Youtube ActionAdventureTwins, sebuah Go Pro telah digunakan untuk merakam keadaan sebenar yang berada di dalam paip misteri sedalam 125 kaki itu.

Video yang dimuatnaik pada 18 Mei lalu itu sehingga kini telah mendapat sebanyak 8.2 juta tontonan.

Korang nak tahu tak apa ada kat dalam paip itu? Jom tengok video di bawah ini

Sumber: ActionAdventureTwins

Api Menyala-nyala Dan Digelar ‘Pintu Ke Nerka’, Kenali Kawah Gas Darvaza Yang Tidak Pernah Terpadam Sejak 50 Tahun Lalu

Seperti yang diketahui, muntahan lava dari gunung berapi merupakan fenomena yang sangat dasyat. Lava yang panas itu sering menjadi perhatian ramai kerana keadaannya yang dilihat ‘unik‘.

Pun begitu, tahukah anda bahawa ada yang lebih unik daripada lava tersebut iaitu sebuah kawah api yang dikatakan belum padam sejak 50 tahun yang lalu.

Api yang membahang di dalam kawah itu menyebabkannya digelar sebagai ‘pintu ke neraka’.

Terletak di Turkemenistan, Kawah Gas Darvaza dikatakan menerima lebih kurang 10,000 pelancong setiap tahun.

Bagaimana ia terbentuk?

Kawah api tersebut dikatakan telah mula terbentuk pada tahun 1971 setelah ahli geologi Soviet datang ke Gurun Karakum untuk mencari sumber gas. Mereka melakukan penggerudian di atas tanah tersebut namun secara tidak sengaja telah menyebabkan ia runtuh dan membentuk lubang besar.

Kawah itu dikatakan berukuran sekitar 230 kaki dengan kedalaman 65 kaki. Tiada sesiapa yang mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut tetapi mereka menghadapi masalah lain iaitu berlakunya pelepasan gas metana daripada kawah tersebut.

Untuk mencegah gas metana bocor dan ‘tersebar’ ke atmosfera, ahli geologi tersebut didakwa telah menyalakan salah satu lubang tersebut. Menyangka ia hanya akan terbakar selama beberapa minggu, namun nampaknya ia tidak padam sehingga ke hari ini.

Bukan itu sahaja, haiwan di padang pasir itu mula mati iaitu tidak lama selepas terjadinya pembentukan kawah tersebut.

Bimbang kebakaran tersebut boleh mengancam kemampuan negara untuk mengembangkan industri gas yang berdekatan, Presiden negara itu, Kurbanguly Berdymukhamedov yang melawat kawah tersebut pada tahun 2010 mengatakan bahawa ia perlu ditutup.

Pun begitu, sehingga hari ini tiada tindakan penutupan yang telah dilakukan. Sebaliknya, kawah api tersebut terus menerima pengunjung dari dalam dan luar negara.

Sumber : Smithsonian, CCN Indonesia, BBC Travel

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *