Uncategorized

“Jangan Risau Saya Tak Post Media SosiaI” Mimi Lana Bantu Tukang Cuci Yang Dipotong Gaji

Pelakon Mimi Lana mengambil inisiatif tersendiri apabila menawarkan peluang pekerjaan kepada tukang cuci yang terkesan.

Tawaran itu susulan ada yang menyatakan tukang cuci tidak perlu bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lebih teruk lagi ada kontraktor yang akan memotong gaji pekerja yang tidak dijadualkan bekerja,.

“Assalamulaikum, saya mencari 10 orang cleaner yang gajinya dipotong untuk diberi bantuan.

“Bagi mana mana cleaner yang dipotong gaji, atau pun sesiapa yang kenal boleh dm saya,” katanya.

Jelasnya, dia juga memohon maaf sekiranya sumbangan itu tidak meluas dan membabitkan jumlah yang banyak.

“Saya mintak maaf kerana dapat provide kan sumbangan untuk 10 orang sahaja.

“InsyaAllah kalau ada rezeki lebih kita kongsi lagi ya.

“Jangan risau saya takkan post di social media untuk bantuan pada anda,” katanya.

Perkara itu diumumkan pelakon tinggi lampai itu menerusi posting di Instagramnya hari ini.

Menerusi ruang komen, rata-ratanya memuji usaha dan tindakan berani Mimi itu.

Kebanyakan mereka menganggap artis turut memainkan peranan penting dalam tempoh yang serba mencabar ini.

Antara komen dari netizen

sharifah_amani- Using your superpower to help others Semoga segalanya dipermudahkan buat kamu jua cinta

ashyrf488- Alhamdulillah.. semoga dimurahkan rezeki diberi keberkatan dunia dan akhirat

arbaeyahmohamed- alhamdulillah tahniah missmimilana Kerana prihatin sesama kita

Biodata Mimi Lana Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Disini Kami akan kongsikan secara ringkas mengenai Mimi Lana. bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Pelakon dan Model asal Malaysia ini!

Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015. Sejak itu, Mimi Lana telah membintangi beberapa drama tempatan termasuk Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa, Sein Dan Luna, dan Halalkan Hati Yang Ku Curi.

Namun, Namanya mula dikenali ramai orang selepas beliau membintangi drama bersiri berjudul Sein Dan Luna yang telah ditayangkan pada tahun 2016.

Sumber : gem pak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *