“Jangan risau kalau orang tak suka kita, sebab dia tak membuatkan kita masuk n3raka” ibu dan Syada pula kongsi vdeo

Semalam, hantaran penyanyi Shila Amzah di Instagram meraih perhatian selepas dia berkongsi video house tour banglo miliknya yang bakal dijual.

Ia menjadi bualan gara-gara kontroversi melanda adik beradik Shila dan ibunya sebelum ini yang membabitkan rumah banglo berkenaan.

Malah, ramai yang menyindir adik beradik Shila yang sebelum ini tidak berpuas hati dengan keputusannya yang meminta mereka mengosongkan banglo tersebut kerana ia bakal dijual.

shila amzah

Lebih kurang satu jam selepas Shila berkongsi video tersebut di Instagram, ibunya yang dikenali sebagai Mamazie ada memuat naik klip video ceramah dan dia turut tag seorang lagi anak perempuannya, Syada.

Ceramah dikongsikan itu memberikan kata-kata hikmat dan renungan tentang manusia tidak perlu kisah dengan pandangan orang lain terhadapnya kerana yang paling penting adalah pandangan Allah terhadap diri kita.

Satu dunia tak suka kita pun, tidak menghinakan kita. Satu dunia pun suka kita, fanatik dengan kita, belum tentu memuliakan kita.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Fauziah Sarman (@mamazie68)

Menjengah ke Instagram Syada pula, dia turut repost semula perkongsian ibunya itu di story dan mereka dilihat keluar makan malam bersama.

Turut bersama mereka adalah Amir Syahir dan seorang wanita dipercayai rakannya namun kelibat ND Lala, Shila dan Ubai tidah kelihatan manakala Amir Syafiq pula kini difahamkan berada di China atas urusan kerja.

ibu shila amzah

Semoga pada tahun baru akan datang, ukhuwah dan hubungan keluarga ini dapat dipulihkan serta mereka adik beradik berbaik semula.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *