“Itu hajat dia, pilihan dia. Baguslah..” Pernikahan Hafidz dan Athira, Shuhada tumpang gembira

Susulan berita perkahwinan aktor Hafidz Roshid dan Athira Yuhada yang berlangsung pada Jumaat malam itu,

bekas isteri kepada pengantin lelaki itu hanya mampu mengucapkan tahniah kepada pasangan baru tersebut.

Kata Shuhada, perkahwinan yang telah rasmi itu merupakan bukti bahawa selama ini dirinya tidak pernah memberi kenyataan yang tidak benar berkenaan isu keretakan rumah tangganya sebelum ini. Namun, dia hanya turut gembira atas berita itu.

Itu hajat dia, pilihan dia. Baguslah, harap yang terbaik saja dalam hidup mereka.

Saya tumpang gembira dan pernikahan itu bukti saya tak pernah menipu sebelum ini. Tahniah di atas pernikahan kedua.

Pada masa yang sama, ibu kepada dua cahaya mata ini tidak akan menghalang ayah mereka dan isteri barunya untuk berjumpa dengan anak-anaknya. Katanya, itu bergantung kepada mereka namun Shuhada berkata setakat ini kedua anaknya itu belum bersedia untuk berjumpa ayahnya mahupun Athira.

Sebelum ini, Shuhada sempat mendakwa bahawa wujudnya orang ketiga iaitu Athira di tengah hubungannya bersama bekas suaminya sebelum memutuskan untuk bercerai enam bulan lalu.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *