“Istri tak boleh jadi imam” tiada niat buka aib, Ellie Suriaty nasihat Aman Graseka supaya tak lakukan perkara ini

Beberapa hari lalu, nama pelakon Aman Graseka hangat diperkata ramai, lagi-lagi selepas rakan selebriti Ellie Suriaty berkata isteri aktor terbabit yang selama ini menghalang Aman untuk kembali berlakon akibat cemburu.

Tiada niat buka aib Aman

Tegas Ellie sewaktu ditemubual, dirinya sama sekali tidak mempunyai sebarang niat untuk membuka aib Aman sebaliknya hanya mahu orang ramai ketahui hal sebenar.

Tambahannya lagi, dia hanya mahu pertahankan penyampai radio Sharifah Shahirah yang teruk dikecam ramai susulan memuat naik dengan niat hanya mahu membantu Aman.

@melodiberapi “Saya ingin menyatakan yang hubungi kami itu adalah isteri dia, bukan Aman Graseka” – Pelakon Ellie Suriati Omar memberi penjelasan mengenai isu pelakon Aman Graseka meminta bantuan kepada penyampai radio Sharifah Shahirah serta beberapa artis yang lain. #meloditv3 #fypシ゚viral #ceritaartismalaysia #fypシ゚viral #elliesuriaty #amangraseka ♬ original sound – Melodi

Jangan bawa isteri pergi ke set penggambaran

Dalam pada itu, aktres terbabit memberi nasihat buat Aman agar tidak membawa isterinya, Reena Arina pergi ke set penggambaran supaya aktor itu boleh melakukan kerjanya tanpa rasa bersalah.

Itu adalah punca pendapatan dan punca rezeki dia. Isteri dia harus istiqamah untuk dia bekerja dengan aman sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak.

Rumah tangga diketui oleh suami bukan isteri

Bahkan berkata rumah tangga seharusnya diketuai oleh suami dan bukan tugas isteri untuk mengarah hingga menuju ke arah keburukan.

Jadi dalam sebuah perkahwinan, isteri tak boleh jadi imam. Di mana dia ada suami, dia harus ikut imam dia. Bukan dia yang mencatur sampai perkara jadi entah apa-apa.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *