Hiburan

“Ini Yang Saya d0akan selama ni..” Fattah Amin Brsyukur Akhirnya lstri Dah Brhijab Sepenuhnya

Penyanyi dan pelakon, Fattah Amin meluahkan kesyukuran dan mengakui, isterinya yang juga seorang aktres, Nur Fazura Sharifuddin kini telah berhijab sepenuhnya.

Pendedahan tersebut diluahkan Fattah berhubung penampilan Fazura yanhg sebelum ini menarik perhatian ramai apabila kerap mengenakan hijab dalam setiap gambar yang dimuat naik menerusi media sosial, termasuklah yang terbaharu ketika sambutan hari raya Aidiladha baru-baru ini.

Menurut Fattah, sejak bergelar suami kepada Fazura pada 27 November 2017, dia tidak pernah berhenti memanjatkan doa agar isterinya mengubah penampilan menjadi Muslimah sebenar.

“Alhamdulillah, itu sahaja yang boleh saya katakan mengenai penampilannya. Sebagai suami, penampilan Muslimah itu yang sentiasa saya doakan selama ini. Sekarang, dia pun sudah bertudung,” kongsi Fattah yang dalam sidang akhbar secara virtual sempena pelancaran single terbaharunya yang berjudul Hamba sebentar tadi.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Abdul Fattah Mohd. Amin itu turut mendedhkan, destinasi pertama yang ingin dilawati bersama anaknya Nur Fatima Aisya selepas pandemlk C0vld berakhir adalah zoo.

Terang Fattah, 31, sejak C0vld melanda, anknya Nur Fatima Aisya yang kini berusia sembilan bulan hanya terperap di rumah berbeza dengan anak-anak lain yang lahir sebelum pandemlk.

“Tempat pertama yang saya teringin bawa Fatima adalah zoo. Sebabnya saya selalu bacakan buku tentang haiwan kepadanya, tetapi dia sendiri tidak tahu bunyi atau bentuk sebenar haiwan-haiwan kerana tidak pernah melihatnya secara depan-depan.

“Saya hanya mampu tunjuk menerusi telefon , buku dan televisyen. Suatu hari nanti andai kita semua sudah dibenarkan keluar dan keadaan kembali normal, zoo tempat pertama yang saya fikir untuk pergi,” ujar Fattah.

Selain itu, Fattah menjelaskan, sepanjang pandemik dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia banyak menghabiskan masa di rumah menjaga anaknya.

Kata Fattah, dia dan isterinya begitu menyayangi Fatima sehingga timbul perasaan bimbang andai anak mereka meragam atau menangis.

“Kami berdua memang tidak boleh dengar Fatima menangis. Perasaan terlalu sayang sangat dengannya sehingga dia meragam atau menangis sedikit pun kami sudah panik. Mula timbul persoalan, kenapa dia menangis, salah makan atau sebab lain?

“Bila sudah jadi bapa saya memang selalu dengannya kerana ibunya kadangkala sangat sibuk kerana banyak produk. Jadi, tiada masalah, kami sama-sama menjaganya,” ujar Fattah.

Dalam perkembangan lain, single terbaharunya yang berjudul Hamba merupakan kolaborasi ketiga Fattah bersama komposer Hafiz Hamidun selepas single Kiriman Agung dan Sinar Selawat.

Lagu yang turut mendapat sentuhan serta kolaborasi bersama penyanyi rap Kmy Kmo itu bakal dilancarkan di kesemua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX, Deezer dan YouTube Music mulai 23 Julai.

Sumber : K!0NLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *