Hiburan

Iman Troye Teruja Kongsi Gambar Nak Bagi Tahu Dapat Pflzer, Sekali Lain Pulak Yang Netzen Nampak

Iman Troye baru-baru ini berkongsi keterujaanya di Instagram apabila berjaya menerima suntik4n v4ksin pertama.

“Perempuan ini sudah di Pfizer. Akhirnya sudah divaksin, Alhamdulillah.

“Jaga diri semua. Selepas ini sudah boleh terbang,” tulisnya girang.

Yang tak seronoknya netizen mula menegur perkara lain iaitu pasal seluar yang dipakai Iman.

Rata-rata mengkrit1k seluar Iman yang dilihat singkat dan tidak sesuai kerana dia berhijab.

“Tutup aurat Iman, kaki juga sebahagian daripadanya. Kami sayang Iman,” tegur seorang pengguna Instagram.

Sebelum ini  Iman Troye pernah teruk dikecam netizen sehingga dua hari trending di Twitter, gara gara ciapan yg di buat di twitter.

Iman tampil terus membuat permohonan maaf di atas gurauannya tentang k3s C0vid.

Iman atau nama sebenar, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin mengakui kenyataan yang dimuat naik di laman Twitternya sebelum ini adalah tidak sensotif dengan perkembangan semasa negara yang sedang berhadapan dengan ‘peperngan’ menentang wabk ini.

“Saya minta maaf di atas kesilapan yang dilakukan. Saya sedar sebaik sahaja saya muat naik ciapan tersebut, twit itu adalah sangat menggelirukan dan saya akui itu.

“Ia adalah satu perkara yang tidak sensitif yang dibuat oleh saya. Saya sepatutnya lebih tahu mengenai hal ini.

Permohonan maaf daripada Iman.

“Saya tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa pun,” katanya.

Menurut penyanyi berusia 19 tahun ini, dia mendapat pengajaran daripada kontroversi ini dan berjanji akan belajar daripada kesilapannya itu.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, saya memang tidak bermaksud untuk melukakan hati semua terutama sekali kepada petugas barisan hadapan dan sesiapa yang terkesan dengan C0vid.

 

“Ia adalah satu perkara yang tidak sensitif yang dibuat oleh saya. Saya sepatutnya lebih tahu mengenai hal ini.

“Saya minta maaf sangat-sangat. Terima kasih untuk semua yang tegur saya. saya akan cuba jadi lebih baik, insyaAIIah… jaga diri semua,” katanya.

Terdahulu tindakan Iman berkongsi statistik angka jangkitan harian C0vid dengan status sindiran di laman Twitter mengundang kecaman netizen.

Ciapan yang dipadam Iman selepas dikecam netizen.

Dalam perkongsiannnya itu, penyanyi lagu Teman ini menulis status sinis dilihat seolah-olah gembira dengan angka jangkitan yang semakin meningkat kebelakangan ini.

“Happy 6,900 everyone! Tahniah! Harap esok dapat 7,000 hihi,” tulisnya.

Gara-gara perkongsiannya itu, Iman dikecam teruk netizen kononnya dia tidak sensitif mengenai isu semasa dan menjadikannya sebagai bahan gurauan.

sumber : eratv / m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *