“Identiti bakal suami jeslina, bukan calang2” Jeslina Hashim umum bakal kawin, dedh calon suami

SELEPAS lama mendiamkan diri berhubung cakap-cakap bakal mendirikan rumah tangga, penyanyi dan pelakon Jeslina Hashim akhirnya mengesahkan bakal kembali bergelar isteri.

Jeslina atau Nor Jeslina Hashim, 45, membuat pengumuman itu secara terbuka ketika berada dalam sebuah pesawat sambil diraikan oleh kru penerbangan.

Dalam perkongsian video di TikTok, Jeslina dilihat menggayakan busana kasual turut memakai veil putih sebelum seorang pramugara memperkenalkan dia kepada penumpang.

jes1 - 1

Jeslina memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga semula.

“Saya akan berkahwin,” katanya.

Penyanyi lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia ini juga sempat berlagak seperti seorang pramugari apabila mempromosikan produk jualan syarikat penerbangan tersebut dengan berjalan melalui lorong penumpang.

Menjengah ke Instagram milik Jeslina, penyanyi tersebut turut memuat naik foto diraikan dalam bachelorette party (parti bujang) bersama teman rapatnya.

Jeslina turut menggayakan busana pendek dengan veil rona putih bersama selempang bertulis ‘bride to be’.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Jeslina bakal mendirikan rumah tangga dengan kerabat Diraja Negeri Sembilan iaitu Tunku Eddy Nasruan Adil selepas lapan tahun menjalinkan hubungan cinta.

Pada 1 November tahun lalu, Tunku Eddy memuat naik sebuah hantaran meluahkan rasa bahagia bersama Jeslina dan memberitahu tarikh ulang tahun perhubungan mereka bakal bertukar pada tahun ini.

Bagaimanapun, ketika dihubungi mStar, Jeslina memilih untuk kekal tenang berdepan spekulasi netizen berkait hubungannya dengan Tunku Eddy.

Kata Jeslina, dia menunggu masa sesuai untuk berkongsi berita gembira itu dan enggan mengambil pusing dengan sebarang komen ditinggalkan netizen di media sosial.

jes2 - 1

Jeslina dan Tunku Eddy didakwa bakal mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, Jeslina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005, namun bercerai pada Mac 2013.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Micah, 16, dan Keira, 14 tahun.

Untuk info, Tunku Eddy merupakan cucunda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tuanku Ja’afar dan Tunku Ampuan Najihah.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *