Hiburan

Hanya Dgn Menggunakan Alasan ini, Neel0fa dan Suami Dilepaskan Dari Tudvhan Langgar S0P

Mahkamah Majistret Seremban hari ini melepas tanpa membebaskan selebriti Noor Neelofa dan suami, Muhammad Haris Ismail.

Ia daripada tuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lalu.

        

Sementara itu, peguam bela Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah berkata, pihak pendakwaan menarik balik semua pertuduhan.

Iaitu dua pertuduhan terhadap Muhammad Haris dan satu pertuduhan terhadap Neelofa.

“Pihak pendakwaan juga sudah menerima dokumen representasi yang kita dikemukakan sebelum ini.

Dan Peguam Negara sudah bersetuju bahawa perkara ini bukanlah begitu besar tetapi dibesar-besarkan.

“Satu proses kompaun akan berlaku sama ada hari ini atau esok (norminal amaun) dan selepas kita bayar kita datang balik.

Sebab kompaun bukan sesuatu perintah yang sama dengan didapati bersalah. Ia neutral tidak ada rekod langsung.

“Kita akan kembali di sini pada 21 Disember nanti untuk keputusan dilepaskan dan dibebaskan.

Sungguhpun ketiga-tiga tuduhan itu kita boleh lawan dan mungkin dengan senang kita boleh menang, tapi ia akan berlarutan,” katanya.

Peguam itu berkata lagi, perkara itu tidak harus dipanjangkan atau berlarutan apatah lagi dengan keadaan Neelofa yang sedang hamil dan tidak sesuai kes berkenaan terus berjalan.

Dalam pada itu, beliau bagaimanapun tidak dapat menyatakan kadar kompaun yang akan dikenakan namun menjangkakan ia adalah rendah.

Pagi tadi, Neelofa yang berjubah biru dan Haris berbaju sut biru tiba di Kompleks Mahkamah Seremban pada jam 9.30 pagi.

Sumber : RK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *