Hadir majlis pertunangan belah bekas suami, Reaksi Adira dan Datin red jadi perhatian ramai

Bekas suami kepada penyanyi popular, Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra disapa Datuk Red meluahkan rasa kesal apabila dia tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya baru- baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Datuk Red memaklumkan, anak saudaranya itu merupakan anak kepada arwah kakak dan abang iparnya yang dijaga sejak berumur 9 tahun.

“Majlis pertunangan anak arwah kakak dan arwah abang ipar saya. Saya jaga dari umur 9 tahun.

“Maaf papa tak dpt hadir. Terima kasih semua dan semestinya merindui #abangred,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons termasuklah memuji tindakan Adira dan Datin Red yang hadir pada majlis pertunangan tersebut.

“Adira dan Datin Red terbaik.

“Suka tengok Adira dan Datin Red.

“Respect Adira, Datin Red dan Datuk Red. Semua matang.

“Bagus Datuk Red ni amanah dan bertanggungjawab. Susah nak cari bapa saudara yang bolej jaga anak yatim.. selalu orang tak nak ambil tanggungjawab tu. Saya puji sangat,” komen netizen.

Terdahulu, Datuk Red dan Adira sah bercerai dengan talak satu pada 24 April lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor.

Dan selepas 21 hari perceraiannya bersa Adira, Datuk Red kemudian sah bercerai dengan isteri pertamanya Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Hasil perkahwinan bersama Adira, pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu, Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Manakala, hasil perkahwinan bersama Datin Red, pasangan itu dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata lelaki.

Sumber : xtra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *