MUSIM banj1r merupakan dugaan buat pengantin yang melangsungkan majlis perkahwinan mereka.
Namun, ia bukan menjadi penghalang buat dua pasangan pengantin apabila video yang tular menunjukkan mereka tetap ceria dan tersenyum meredah banj1r.
“Habislah rosak baju tu.”
“Kasihan kat butik sewa baju tu. Baju kena basuh,” demikian antara komen netizen.
Bercakap kepada mStar, salah seorang pengantin, Nor Hanani Ghapar memberitahu, video yang tular itu dirakamkan sewaktu sesi fotografi selepas majlis persandingannya pada 1 Januari lalu.
Dilangsungkan di kediaman keluarga di Kampung Pengkalan di Alor Gajah, Melaka, wanita berusia 26 tahun itu berkata, penggambaran melibatkan suaminya, Boy Jovi Darwitafmel, 27, berserta adik lelakinya, Muhammad Lizam Ghapar, 21, dan isteri, Norazwani Redzuan, 23.
Nanie (dua, kiri) bersama suami serta adik lelakinya (kanan) dan isteri di pelamin.
“Saya sebenarnya bernikah pada 12 Februari 2021, tapi disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 2.0 ketika itu jadi tak dapat buat majlis.
“Adik lelaki pula bernikah pada 12 Disember 2021. Ayah kemudian tetapkan 1 Januari 2022 untuk kami adik-beradik bersanding serentak di pelamin bersama pasangan masing-masing dalam satu majlis,” katanya ketika dihubungi.
Banj1r di paras buku lali.
Lebih mesra disapa Nanie, katanya, kawasan sekitar kampungnya dilanda banj1r pada hari pertama tahun baharu itu dengan air mencecah paras lutut.
“Syukur Alhamdulillah, kedudukan rumah keluarga saya agak tinggi jadi tidak terjejas dengan banj1r. Mujur ada laluan lain untuk ke rumah yang tidak terjejas.
“Walau bagaimanapun bekalan elektrik terputus di kawasan perumahan kami sejak pukul 12 tengah hari. Walaupun pelamin diletakkan di luar rumah, tapi masih bergelap dan tak ada kipas,” ujarnya yang berasal dari Alor Gajah, Melaka.
Nanie tetap ceria meskipun banj1r berlaku ketika majlis persandingannya.
Menurut anak keenam daripada tujuh beradik itu, mereka berempat sebagai pengantin setuju untuk meredah banj1r demi sesi fotografi kerana kawasan tersebut tidak jauh dari rumahnya.
“Jarak dari rumah kami ke kawasan yang dilanda banj1r kalau berjalan kaki hanya seminit. Nak ambil gambar indoor (di dalam) gelap sebab tak ada bekalan elektrik.
Lepas sesi fotografi, kami tukar baju dan mak andam hantar baju ke kedai dobi. Baju tu cuma basah je. Tiada kesan lumpur dan tak rosak
NOR HANANI GHAPAR
“Di luar rumah pula ada ramai tetamu. Jadi kami perlu berjalan dari kawasan rumah untuk sesi fotografi. Ada kawasan banj1r paras buku lali dan ada cecah lutut,” ujar kerani itu mengenai sesi fotografi yang dilakukan di sebelah petang.
Dalam pada itu, Nanie yang juga mengusahakan bisnes produk kecantikan dan kesihatan secara dalam talian mengakui kesemua busana yang dipakai mereka disewa dari sebuah butik pengantin membabitkan kos keseluruhan hampir RM2,000.
Nanie (kanan) bersama suami melakukan sesi fotografi.
“Saya tahu ramai yang kritik tentang baju yang kami sewa. Sebenarnya kami terlebih dahulu meminta izin daripada pemilik butik dan kebenaran diberikan untuk fotografi ketika banj1r.
“Bagi kami ini adalah rezeki apabila kami dapat butik pengantin yang memahami dan sporting. Lepas sesi fotografi, kami tukar baju dan mak andam hantar baju ke kedai dobi.
“Baju tu cuma basah je. Tiada kesan lumpur dan tak rosak. Alhamdulillah, majlis kami berjalan lancar meskipun kawasan sekitar dilanda banj1r dan terputus bekalan elektrik yang hanya disambung semula pada sebelah malam.
“Terima kasih kepada butik pengantin yang beri kerjasama dengan baik. Syukur juga cuaca mendung, kalau panas terik dah tentu kami semua ‘berlecak’ peluh,” katanya.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.