Dunia

“Habis peribahasa kita” Dgn kemajuan sains Kini air sudah boleh diclncang sehingga pvtus

Bahasa bukan sahaja sebuah alat komunikasi yang digunakan untuk fenomena sosial, tetapi ia juga menggambarkan cara masyarakat itu

berfikir dan bagaimana bahasa dipengaruhi oleh persekitaran budaya serta faktor-faktor seperti kelas, jantina, dan bangsa.

Peribahasa adalah salah satu bidang sastera yang wujud dalam setiap bahasa berperanan untuk mengatur tingkah laku dan mentaliti individu

secara tidak langsung mencerminkan kepercayaan dan kefahaman dunia sesebuah masyarakat.

Salah satu peribahasa yang kita biasa dengan sejak di bangku sekolah adalah ‘air dicincang tidak akan putus’, yang membawa erti hubungan adik beradik tidak akan pernah terputus walau seteruk mana

perkelahian antara mereka, seperti juga aliran air yang tidak akan putus walau dipotong atau digunting dengan objek tajam.

Namun baru-baru ini, sebuah video yang tular telah membuktikan bahawa peribahasa itu tidak lagi relevan kerana dengan kemajuan sains, air kini sudah boleh dicincang sehingga putus.

Dalam video yang tular, seorang individu menggunakan pisau bersalut bahan ‘hidrofobik’ yang boleh memisahkan molekul air, membuat ramai terpegun melihat titisan air tersebut dipotong-potong sehingga kecil.

“Habis peribahasa kita…”

“that peribahasa tak valid…”

“Sasterawan Melayu mesti tak tenteram…”

“Akhirnya dapat jugak putuskan hubungan…”

“Maksud peribahasa air dicincang tidak akan putus”

Maksud: Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.

Contoh ayat: Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana air dicincang tidak akan putus.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : hcI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *