“Gila ah plate sama mahal dengan kereta” ramai puji hebat pakai duit sendiri, Cik B beli kereta mewah nombor sempena hari lahir

SEMPENA ulang tahun kelahiran yang ke-19, anak kepada usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B membeli sebuah kereta mewah jenama G Wagon Brabus G63.

Bangga dengan pencapaiannya itu, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin turut mengucapkan terima kasih buat ibunya iaitu atas sokongan yang diberikan selama ini.

Kata Cik B, tanpa kehadiran dan dorongan daripada Vida, tidak mungkin dia berjaya memiliki kereta mewah berkenaan.

“Bulan Mei ini adalah bulan kelahiran saya iaitu 19 Mei jadi saya beli kereta Brabus Original.

cikb1 - 1

Cik B berjaya membeli kereta mewah hasil daripada wang sendiri.

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada mama (Vida) sebab kalau tiada dia bersama saya, saya tidak akan dapat kereta G Wagon Brabus G63 original ini.

“Terima kasih sangat mama, sayang mama dan selamat hari lahir untuk saya,” katanya.

Cik B berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian video tersebut, Cik B turut membuat kejutan menunjukkan nombor plat kereta yang ditempah khas sempena namanya.

Vida bagaimanapun turut meluahkan rasa bangga melihat pencapaian yang dimiliki oleh Cik B.

Malah Vida juga menyifatkan nombor plat CB 111 merupakan nombor yang membawa tuah kepada anak perempuannya itu.

“Cik B beli nombor plat CB. Cik B anak hebat nombor 1, Cik B bisnes nombor 1, Cik B kekayaan nombor 1.

“Mama yang terkejut ingatkan datang nak dapatkan apa benda tetapi rupanya beli kereta sendiri,” ujarnya.

cikb2 - 1

Cik B menyifatkan kejayaan yang dimilikinya berkat sokongan daripada Vida.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Vida yang sering mengatakan Cik B seorang anak yang hebat dan berkat kata-kata itu menjadi doa buat seorang anak.

“Inilah hasilnya bila mak selalu doakan yang baik-baik untuk anak walaupun dalam keadaan apa sekali pun.

“Mak (Vida) dia selalu cakap Cik B anak mama yang hebat, kata-kata itu doa. Tahniah jaga mak elok-elok.

“Anak mama yang hebat, itulah ayat dari mulut mak dia dari dulu lagi. Tahniah Cik B dapat kereta baru,” tulis netizen.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *