“Diminta letak jawatan dari Suria FM..” akhirnya ini keputusan mngejut kepada Dj Lin lepas ramai yang tak puas hati dia pecat Tyzo

Selepas hampir seminggu isu Tyzo Xander hangat diperkatakan, hari ini kecoh mengenai satu petisyen diwujudkan meminta agar Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin untuk meletak jawatan.

Difahamkan, petisyen itu dibuat menerusi change.org dan dimulakan oleh individu menggunakan nama Mohd Faizal Legacy serta mengatakan bahawa DJ lin tidak lagi relevan.

Menerusi petisyen itu juga, turut dimaklumkan mengenai penurunan mendadak dalam jumlah pendengar stesen tersebut menerusi sumber Laporan Penyiaran Malaysia.

“Kami percaya bahawa DJ Lin dari Suria FM sudah tidak lagi relevan dan kami merasakan perubahan diperlukan.

“Menurut data terkini, ada penurunan mendadak dalam jumlah pendengar stesen ini (Sumber: Laporan Penyiaran Malaysia).

“Oleh itu, kami menggesa pihak pengurusan Suria FM untuk mempertimbangkan permintaan kami agar DJ Lin meletakkan jawatannya,” tulisnya.

Terdahulu, berita mengenai bekas penyampai Suria FM iaitu Tyzo mengejutkan ramai pihak apabila memaklumkan kontraknya sudah ditamatkan.

Sumber : rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *