“Dikatakan Mawar Karim sudah kawin?” Fizo Omar anggap berita gembira jika benar, tak sesuai nak ulas soal peribadinya

PELAKON dan usahawan Fizo Omar ada mendengar khabar angin mengatakan bekas isterinya iaitu Mawar Karim sudah berkahwin namun tidak berani mengesahkan dakwaan tersebut.

Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 39, sebaliknya meminta pertanyaan itu ditujukan sendiri kepada Mawar bagi mendapatkan kepastian sama ada dakwaan tersebut benar atau sebaliknya.

“Saya memang ada dengar khabar angin dia (Mawar) sudah mendirikan rumah tangga.

size NP 1 (66)

Fizo minta tanya empunya badan untuk ketahui status Mawar terkini.

“Bagaimanapun tentang kepastian berita itu perlu ditanya sendiri kepada tuan empunya badan.

“Saya dan dia hanya berhubung mengenai anak. Selebihnya saya tidak berani untuk cakap lebih. Tak sesuai saya nak ulas soal peribadi kerana saya hanya bekas suami,” katanya kepada mStar.

Fizo berkongsi perkara itu ketika hadir pada sidang media program Nasi Lemak Kopi O di Bangsar Shopping Centre (BSC), Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Fizo mendoakan kebahagiaan Mawar sekiranya khabar angin tersebut adalah benar.

Kata Fizo, jika benar Mawar sudah berkahwin ia adalah berita gembira malah memberi kelebihan kepada anak mereka iaitu Wan Maryam yang mempunyai dua orang ibu dan dua orang bapa.

“Sekiranya betul dia sudah berkahwin, saya tumpang gembira dan bagus untuk dia. Itu akan jadi kelebihan kepada anak kami, Maryam sebab ada dua bapa dan dua ibu.

Tak sesuai saya nak ulas soal peribadi kerana saya hanya bekas suami.

FIZO OMAR

PELAKON/USAHAWAN

“Saya juga mendoakan dia bahagia dan gembira dengan pasangannya jika benar-benar sudah berkahwin.

“Bagi saya manusia ini diciptakan memang untuk berpasangan baik lelaki mahupun perempuan,” ujarnya.

Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan Mawar Karim sudah menamatkan zaman janda dengan seorang ahli kenamaan.

size NP 1 (69)

Mawar bersama anak perempuannya Wan Maryam.

Sekadar info, Fizo dan Mawar berkahwin pada November 2013, namun bercerai pada Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.

Fizo kemudian mendirikan rumah tangga dengan Fazeera Nazri Azrai pada 21 Oktober 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *