“Diceraikan tanpa ada satu sen pun dalam akaun” Shuhada kongsi kejayaan pertama buat ramai mendoakannya

BERDEPAN ujian rumah tangga tahun lalu tidak membuatkan bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi mengalah sebaliknya berjaya membuktikan mampu berdiri di atas kaki sendiri.

Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, berkata, berkat kesabaran dan usaha dia berjaya memiliki sebuah kenderaan jenis Honda HR-V yang dibeli pada April 2023.

Mengimbau kepayahan bergelar ibu tunggal, Shuhada mendedahkan ketika bercerai dengan Hafidz dia langsung tidak mempunyai sebarang simpanan dalam akaun.

shuhada 2

Anak-anak menjadi kekuatan Shuhada.

“Mungkin bagi orang biasa-biasa sahaja. Saya sudah cabar diri untuk menjadi insan berbeza dan lebih baik pada 2023.

“Walaupun sebagai ibu tunggal. Saya diceraikan tanpa ada satu sen dalam akaun bank,” katanya.

Shuhada meluahkan perkara tersebut menerusi Instagram miliknya pada Selasa berserta sebuah video memperlihatkan kereta miliknya.

Bagi Shuhada perjalanan untuk dia berjaya melalui fasa hidup sebagai seorang ibu tunggal bukan mudah sehingga dia dipilih menjadi wajah jenama minuman kesihatan wanita.

“Syukur salah satu impian saya tercapai pada tahun 2023. Kejayaan tercapai… kereta pertama saya.

“Saya berjaya walau sukar pada awalnya. Keluarga dan anak-anak banyak sokong saya untuk lebih maju ke hadapan,” ujarnya.

Kita boleh menjadi apa sahaja yang kita mahukan selagi tidak berputus asa

NURUL SHUHADA

Shuhada juga turut berkongsi nasihat kepada pengikut untuk terus berusaha mengejar impian mereka meskipun melalui waktu sukar sepertinya.

“Kereta pertama saya pada April 2023 dan kedua insya-Allah akan datang. Kongsikan perjalanan menurunkan berat badan selama setahun.

“Kita boleh menjadi apa sahaja yang kita mahukan selagi tidak berputus asa,” jelasnya.

shuhada 3

Shuhada dan Hafidz sah bercerai Julai tahun lalu.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar berusia 4 tahun.

Pasangan itu bagaimanapun sah bercerai pada 27 Julai tahun lalu selepas Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor menetapkan lafaz yang dibuat pada 22 Februari sebelumnya adalah sah.

Sementara itu Hafidz pula telah kembali mendirikan rumah tangga dengan Athira Yuhada pada 15 Disember 2023.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *