Semasa

“Diam-diam ubi berisi” ini yang dilakukan Tuan Ezanee untuk membantu tanpa ada media sekeliling

Siapa sahaja yang tidak mengenali Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal?

Sikap prihatin Ketua Polis yang mesra disapa Tuan Ezanee itu sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Biarpun sering menegaskan segala tindakan serta bantuan yang dilakukan adalah tanggungjawab dan amanah beliau, namun namanya tetap menjadi tumpuan pihak media.

Senyap je sejak naik pangkat?

Tetapi, sejak dinaikkan pangkat kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor, ramai yang sudah lama tidak mendengar cerita berkenaan anggota polis berhati mulia ini.

Ramai yang tertanya-tanya ke mana menghilangnya beliau?

Diam2 ubi berisi, gigih bantu orang susah!

Bagaimanapun baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi perkembangan Tuan Ezanee di mana beliau dilihat sedang menyumbangkan bantuan barangan asas buat penduduk yang tidak berkemampuan di suatu kawasan perumahan.

Menurut pengguna Facebook bernama Syahril A. Kadir tersebut, dia berasa terkejut tatkala mendapat perkhabaran itu menerusi grup WhatsApp kejiranannya.

Tambahan lagi, setelah sekian lama tidak mendengar khabar Tuan Ezanee di media sosial.

Namun apa yang lebih mengejutkan adalah, sewaktu misi bantuan itu berlangsung tiada 1 pun kelibat pihak media yang dipanggil untuk menyaksikan dan merekodkan majlis tersebut. Wah!

Dalam pada itu, Syahril meluahkan rasa kagum terhadap Tuan Ezanee kerana sanggup ‘turun padang’ membantu golongan susah walaupun beliau merupakan seorang anggota polis berpangkat tinggi.

Tinggalkan komen nasihat

Bukan itu sahaja, Tuan Ezanee juga sempat meninggalkan komen pada ‘posting’ Syahril menasihati masyarakat agar sentiasa melakukan kebaikan dalam hidup ini.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keperibadian mulia Ketua Polis Daerah Petaling Jaya terbabit. Malah, ada juga yang mendoakan agar beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara suatu hari nanti.

Semoga Allah beri rahmat

Contoh pegawai terbaik

Tuan Ezanee memang luar biasa

Bakal Ketua Polis Negara

Lynda- Allhamdulillah,trm ksih tuan.semoga Allah merahmati tuan sekeluarga serta team2 tuan,d lindungi setiap lngkah,bhgia dunia akhirat,Aamiin3

Aminuddin- Pengalaman mengajar erti kehidupan…sbb tuan ni betul-betul faham makna ‘kesusahan’….Alhamdulillah…moga dimurahkan rezeki…

Mohd- Kebanyakan org jadi kadok naik junjung tp berbeza dng tuan kita ni… Tahniah semoga Allah menjaga hati kita & tuan nik

Semoga insan seperti Tuan Ezanee sentiasa berada dalam rahmatNya. Idola terbaik buat masyarakat!

Sumber : 0hmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *