“Dia susah senang dengan saya..”Hafidz Roshdi terlepas cakap sesuatu mengenai isterinya buat ramai terkejt

Terkini, pelakon sensasi Hafidz Roshdi akui isteri barunya, Athira Yuhada itu merupakan cinta pertamanya sejak usianya 15 tahun lagi dan hanya ditemukan semula sekarang selepas dirinya sah bercerai dengan bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri beberapa bulan lalu.

Selepas sah bergelar suami isteri pada Jumaat malam, pelakon ini turut berkongsi bahawa mereka berdua telah menjalinkan hubungan dan berancang untuk dihalalkan selepas Hafidz dan Shuhada berpisah.

 

Saya kenal dengan Athira sejak umur 15 tahun, ketika tu bercinta on and off. Kami kembali bersama selepas saya dan bekas isteri bercerai.

Athira terima saya seadanya. Dia susah senang bersama saya dari dulu lagi, dari saya tak ada apa-apa.

 

Tambahan pula, pengantin baru ini turut berniat untuk membawa pasangannya untuk berjumpa dengan kedua cahaya mata hasil pernikahan bersama bekas isterinya.

Dia berhajat untuk memperkenalkan isteri barunya ini kepada mereka bila tiba masa yang sesuai. Difahamkan juga aktor ini sedang dalam perjalanan untuk berbulan madu bersama suri hatinya itu.

Sebelum ini, Athira pernah didakwa merupakan orang ketiga dalam hubungan antara Hafidz dan Shuhada sebelum mereka sah bercerai pada 27 Julai lalu.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *