“Dia sentuh dan seluk atas bawah, takde lapik” dicbul ustaz kenalan keluarga, Elly Arifin menangis cerita pada umum

Pengacara Elly Ariffin berkongsi pengalamannya sebelum ini menjadi mangsa gangguan seksual seorang individu bergelar ustaz ketika mahu berubat.

Menerusi temu bual, Elly mendedahkan episod hitam itu berlaku pada dua tahun yang lalu namun sehingga kini dia masih belum melupakan kejadian tersebut.

Dicabul ustaz kenalan keluarga

Pengacara berusia 34 tahun itu berkata, pada tahun 2022 dia telah berjumpa dengan ustaz terbabit untuk tujuan berubat dan individu tersebut memang seseorang yang rapat dengan keluarganya dan sangat dipercayai.

Memang tak terfikir pun akan berlaku kejadian tak elok. Mak saya suruh berjumpa untuk berubat dan ketika itu saya datang seorang diri, saya pakai baju sweater dua lapis dan seluar besar, takde ketat ketat.

elly ariffin

Raba dan seluk tangan

Ujar Elly lagi, ketika berubat itu dia meminum air yang telah dibacakan ayat suci oleh ustaz tersebut namun kemudian dia berada dalam keadaan separuh sedar.

Dalam keadaan separuh sedar tiba-tiba saya dapat rasa tangan dia tengah meraba saya pada bahagian atas dan bahagian bawah, alat sulit saya. Dia sentuh dan seluk kat bahagian dalam takde lapik, dia dah seluk dalam skin to skin. Tiga kali dia buat.

Tambah Elly, sewaktu kejadian itu berlaku dia tidak mampu untuk terus melawan dan terpaksa menolak kelakukan ustaz terbabit secara perlahan-lahan.

Lebih menyakitkan hati, sebelum Elly pulang ustaz tersebut sempat berpesan beberapa kali supaya dia tidak menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya.

Jangan cerita dekat mak tentang cara perubatan saya ni.

Buat laporan tapi pihak berkuasa acuh tak acuh

Bukan itu sahaja, Elly turut mendakwa ketika dia membuat laporan di balai, pihak polis hanya bersikap acuh tak acuh dan reaksi mereka mengecewakannya.

Mereka (polis) seolah-olah menganggap insiden cabul saya ini seperti tidak serius. Saya kecewa sebab kes kena cabul ini bukan benda yang perlu diambil remeh, namun saya dapat reaksi sebegini.

Bagaimanapun, menurutnya kes itu telah selesai di mahkamah selepas ustaz tersebut mengaku bersalah atas kesalahan mencabul dan dikenakan denda.

Meskipun begitu, Elly akui menyimpan dendam malah masih berasa trauma dan akan menggigil apabila teringatkan kejadian hitam tersebut.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *