“Dia janji 2022, sudah 5 tahun bayar tapi tak nampak bayangpun..” lagi panas Fathia bongkr suami Heliza pula?

Nampaknya Fathia Latiff memilih untuk terus bersuara dan menyerang sesiapa sahaja yang cari pasal dengannya. Macam sekarang ni nama Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman pula dipetik Fathia dan dituduh sebagai penipu.

Suami kepada penyanyi Datin Sri Heliza Helmi ini didakwa gagal menyiapkan rumah yang dibeli Fathia sejak lima tahun lalu.

Dah lima tahun bayar RM2,000 setiap bulan tapi rumah tak nampak bayang lagi?

Bukan hanya itu, Fathia yang mendakwa telah membeli rumah daripada syarikat Mahadi turut menyatakan dia perlu membayar ansuran sebanyak RM2,000 sebulan namun rumah yang sepatutnya siap tahun lalu masih tidak nampak bayang.

Saya boleh sahaja nak jemput dia sekarang untuk bersembang. Saya mahukan rumah saya. Kalau tidak siap juga, saya mahu buat tuntutan lain.

Dah lima tahun saya bayar RM2,000 setiap bulan. Mereka telah langgar kontrak. Janji nak siap tahun 2022, kemudian sekali lagi berkata begitu pada 2023 namun sehingga sekarang rumah itu masih belum siap.

Fathia yang kini berada di Osaka, Jepun juga menegaskan dia tidak akan pulang ke Malaysia selagi rumahnya belum siap.

Sumber : ohmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *