“Demi Allah saya takkan maafkan!” Tak diam diri, kali ini Alif Teega akan samn biarpun tudhan dari keluarga

Boleh dikatakan sejak membuat pengumuman diri sudah berkahwin satu lagi, nama pempengaruh Alif Teega menjadi bualan hangat di kalangan netizen.

Lagi membuatkan isu ini menjadi ‘panas’ selepas adik iparnya, Amirul Adni Rustam mendakwa Alif sering memukul isteri dan seorang lelaki dayus.

Tidak mendiamkan diri, influencer berkenaan tampil perjelaskan bahawa segala dakwaan adalah satu fitnah dan sama sekali tidak akan memaafkan.

Kerana merasakan tuduhan yang dibuat sudah melampau, Alif berkata dirinya bakal mengambil tindakan undang-undang biarpun ia datang daripada keluarga sendiri.

Dalam pada masa yang sama, influencer itu memohon agar orang ramai henti menyebarkan fitnah memandangkan pengumuman yang dilakukan adalah persetujuan bersama isteri, Aisyah.

Bagaimanapun, difahamkan hantaran tersebut telah dipadam selepas beberapa minit Alif memuat naiknya di Instagram Story.

Sumber : beautifuInara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *