Hiburan

“Darah saya berderau, 85 peratus wajah memang hampir sama” – Datin Alyah

SELEPAS lima bulan abang sulungnya, Mohammad Fadzil Abu Hassan men1nggl dun1a, penyanyi Datin Alyah mengakui dia dan keluarganya sangat merindui insan tersayang itu.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan, 40 bagaimanapun berkata, rindunya terubat apabila secara kebetulan bertemu seorang individu yang memiliki raut wajah seperti Allahyrham abang sulongnya.

Alyah turut menganggap pertemuan itu sebagai satu rezeki daripada Allah SWT.

“Semalam saya ada meeting di sebuah hotel terletak di Melaka. Ketika sampai di hotel, saya disambut oleh seorang kakitangan hotel yang mana gayanya saling tak tumpah seperti arwh abang saya.

“Ketika itu saya tidaklah berkata apa-apa sebab semua orang memakai pelitup muka. Saya cuma lihat dari ketinggian dan gayanya sahaja.

“Tapi sehinggalah saya ternampak wajahnya ketika dia cuba membetulkan pelitup muka… masa itu dar4h saya terus berderau. 85 peratus wajahnya hampir sama dengan abang saya,” katanya kepada mStar.

 

Alyah turut menganggap pertemuan itu sebagai satu rezeki daripada Allah SWT.

Terdahulu, Alyah memuat naik sekeping foto menerusi Intagram dan memberitahu individu yang bergambar dengannya itu memiliki wajah yang serupa dengan Allahyrham abangnya yang telah men1nggl dun1a pada 17 Ramadan lalu.

“Ya Allah ya tuhanku… aku rindu abang aku… Kau maha baik ya Allah kau jumpakan aku dengan seorang yang lebih kurang sama wajahnya dengan arwh abang long.

“Kejad1an semalam semasa hadiri meeting di Melaka. Salah seorang staff di @lacristahotel Melaka mirip sangat wajah abang saya.

“Encik Saiful Bahri terima kasih ya. Terubat rindu saya pada arwh abang saya,” katanya.

 

Gayanya juga saling tak tumpah seperti arwh abang saya.

DATIN ALYAH

PENYANYI

Mengulas lanjut, Alyah berkata dia tidak dapat menahan air matanya ketika berbual dengan kakitangan hotel berkenaan.

“Selepas makan malam, saya mahu ke tingkat atas dan kakitangan hotel itu tolong tekankan butang lif. Ketika itulah saya ambil kesempatan menegurnya.

“Saya beritahu wajah dia sama dengan arwh abang saya dan ketika itu saya dah sebak dan menangis. Dia pun mula-mula pelik dan minta maaf banyak kali pada saya sedangkan dia tak buat salah.

“Saya pun pada masa sama minta dia untuk ambil gambar bersama sebab nak tunjuk kepada keluarga. Semua yang kenal abang cakap memang sama, sampai mak saya pun menangis.

“Ini rezeki saya Allah beri sebab dia tahu saya sangat rindu abang, terubat juga rindu saya,” katanya.

 

Biodata Alyah

Datin Noor Hasliah “Alyah” Abu Hasan (lahir 3 Januari 1981) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.

Beliau mula bergiat aktif dalam dunia seni sejak 2000 ketika beliau berusia 19 tahun, namun namanya mula meniti di bibir peminat pada tahun 2008 menerusi lagu hits “Tak Mungkin Kerna Sayang” ciptaan Ajai dan Habsah Hassan. Bakatnya dikesan menerusi pertandingan Bintang HMI 2000 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menobatkan beliau sebagai juara.

Ketika zaman remajanya di Johor, Alyah banyak menyertai pertandingan nyanyian baik dengan lagu-lagu pop mahupun lagu tradisional. Alyah mula mendapat perhatian ramai apabila menjadi Naib Juara Pertandingan Asia Bagus yang berlangsung di Jakarta pada tahun 1998 ketika beliau berusia 17 tahun.

Seterusnya Alyah mencipta nama sekali lagi menerusi pertandingan Bintang HMI pada tahun 2000 dengan mempertaruhkan lagu nyanyi Francesca Peter berjudul Andainya dan Khatijah Ibrahim (“Ku Ingin Lari”).[8] Kerjaya bermula apabila mengikat kontrak bersama sebuah syarikat rakaman kecil tempatan. Ketika itu bernaung di bawah syarikat Muzik Segar Embun (MSE) kerana syarikat itu serius dalam membuat tawaran. Alyah berguru bersama bapa saudaranya yang juga seorang penyanyi Azizul Khamis sebagai persiapan untuk album sulungnya. Album itu memuatkan juga tiga buah lagu yang berjudul Senandung Duka dan Bukan Begitu Caranya yang dipetik dari album kompilasi Kita Adalah Kita (Tribute to Mahathir Mohammad) pada tahun 2001. Album pertamanya berjudul Destinasi telah diterbitkan pada tahun 2002, malangnya ekoran masalah syarikat rakaman yang gulung tikar, kerjaya nyanyian Alyah yang baru bermula juga turut sama tenggelam.

Setelah itu beliau berjaya mendapat peluang oleh syarikat rakaman antarabangsa EMI untuk merakamkan album kedua. Peluang itu digunakan sebaik mungkin kerana beliau berpeluang bekerjasama dengan komposer hebat seperti LY, Bong, Miji, Aji, Kelly, Pacai, Ross Arifin, Zuraini dan Taj Mahal dan diterbitkan oleh Ahmad Izham Omar. Album tersebut diberi judul Permata akhirnya menemui pendengar pada tahun 2004. Biarpun beberapa lagu mendapat tempat di hati pendengar, album tersebut tidak begitu menyerlahkan nama Alyah malahan kerjayanya juga suram ekoran persaingan dengan bintang TV realiti yang lebih mendapat tempat ketika itu.

Pada tahun 2006 beliau meninggalkan EMI dan mengambil keputusan untuk menyertai program nyanyian realiti di 8TV iaitu One In A Million. Beliau berjaya ke TOP 12 dan menamatkan saingan di tempat ke 6. Pertandingan yang sama turut disertai oleh penyanyi seperti Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Suki Low dan Alif Satar.[8][9] Seterusnya Alyah menyertai kumpulan hip hop The Fabulous Cats (TFC) pada tahun 2006 dan album sulung kumpulan itu yang berjudul Fantastik menampilan Alyah sebagai vokalis wanita sekaligus menguji Alyah dalam menyampaikan lagu-lagu dari nuansa muzik seperti Hip Hop, R&B, reggae, reggaeton, dan ‘80s pop serta swing. Single pertama kumpulan tersebut “Papa Jahat” melonjak ke tangga pertama carta muzik tempatan sementara lagu-lagu lain seperti “Fantastik”, “Bila-Bila Katakan” dan “Rimas” juga mendapat tempat. Malangnya jodoh Alyah tidak bertahan lama dengan kumpulan tersebut kerana perselisihan faham. Alyah meninggalkan TFC dan melancarkan kerjaya muzik secara solo kembali.

Pada tahun 2008, beliau kembali dengan album solo berjudul Alyah yang mendapat sentuhan komposer Ajai menerusi label Wake The Baby dan kerjasama Complete Version. Album ini diedarkan oleh Maestro Records. Album ini berkonsepkan indo pop dan mempertaruhkan lagu “Tak Mungkin Kerana Sayang” dan “Ku Pinjamkan Satu Bintang” yang menjadi hits terhebat pada tahun tersebut. Album ini berjaya meletakkan nama Alyah ke tempat tertinggi di kalangan artis tempatan sekaligus menjulang nama Alyah sebagai salah seorang penyanyi wanita popular masa kini.

Alyah mula bertudung pada 2012.[14]

Pada 18 Mac 2013 beliau berkahwin dengan maestro muzik Dato’ Ramli M.S. di Indonesia tetapi merahsiakan perkahwinan selama setahun lima bulan sebelum dihidu media.Pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

Abang sulungnya, Mohd Fadzil Abu Hassan meninggal dunia pada 28 April 2021 pada usia 41 tahun

Sumber : mStar/trendinggiler/wiki

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *