Hiburan

“Dalam diam je dia kawin” ApapunTahniah Caprice kawin dengan pilihan hati

Caprice selamat berkahwin dengan wanita pilihan hatinya.

TIADA angin tiada ribut tiba-tiba sahaja penyanyi rap Caprice selamat mendirikan rumah tangga pada Isnin.

Bagaimanapun identiti wanita bertuah itu masih menjadi tanda tanya.

Menerusi sekeping foto yang dikongsikan di Instastory seorang individu bernama Yasser Khan, Caprice atau Ariz Ramli, 33, serta pasangannya segak dan menawan mengenakan persalinan berwarna putih.

Perkongsian berkenaan turut dikongsikan semula oleh penyanyi Azira Shafinaz.

Bagaimanapun pengurus Caprice yang dikenali sebagai Aiman ketika dihubungi mStar tidak dapat mengesahkan tentang berita berkenaan.

caprcei
Caprice belum mendedahkan indentiti pasangan hidupnya.

“Saya pun dapat info agak lambat, saya tak berani nak sahkan betul atau tidak.

“Tapi kalau dah ada orang kongsi gambar kahwin dia, maksudnya betul la tu,” katanya kepada m Star.

Ditanya tentang identiti wanita berkenaan, Aiman bagaimana enggan berkongsi nama mahupun maklumat terperinci.

Apa yang saya tahu Caprice berkenalan dengan perempuan dah hampir setahun.
AIMAN
PENGURUS CAPRICE

“Saya kenal pasangan Caprice tu, dia baik orangnya.

“Apa yang saya tahu Caprice berkenalan dengan wanita itu dah hampir setahun.

“Azira adalah kenalan rapat Caprice, maksudnya betul la (berkahwin) kalau dia respost,” katanya.

Usaha m Star untuk mendapatkan komen Caprice masih belum berhasil apabila dia tidak menjawab mesej dan panggilan telefon.

Sebelum ini Caprice kesunyian… sambut ‘birthday’ seorang diri – “Saya tidak pernah rasa loneliness seperti ini”

Caprice meraikan sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-33 seorang diri.

SELEPAS kira-kira 32 hari Caprice meninggalkan Malaysia bagi menyertai misi kemanusiaan ke Gaza di Palestin, penyanyi rap itu kini mula diselubungi perasaan sunyi.

Lebih memilukan apabila Caprice atau Ariz Ramli terpaksa meraikan sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-33 seorang diri hari ini tanpa keluarga atau teman rapat.

“Ini adalah hari yang paling sukar dalam hidup saya. Ini juga kali pertama kita beribadah dan berhijrah seorang diri di negara orang.

“Saya tidak pernah rasa kesunyian seperti ini… tapi rasa begitu dekat dengan Allah dalam tempoh lima hari sebelum ini,” katanya menerusi muat naik di Instagram pada Ahad.

Untuk rekod Caprice dilahirkan pada 25 Julai 1988.

Tambah Caprice yang mula mencetuskan kontroversi sejak 16 Julai lalu berhubung cerita belakang tabir membabitkan personaliti dakwah Ebit Lew ketika di Palestin, dia tetap bersyukur dengan apa yang terjadi.

Alhamdulillah atas segala yang sudah berlaku, insyaAllah satu hari nanti semua ini akan menjadi logik kepada anda
CAPRICE
PENYANYI

“Alhamdulillah atas segala yang sudah berlaku, insyaAllah satu hari nanti semua ini akan menjadi logik kepada anda,” katanya.

Caprice berangkat seorang diri ke Mesir pada 23 Jun lalu bagi mengikuti misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *