Hiburan

“Che Ta Cucuk Vaksln” Melaram Beg Tangan Birkin Nilai Beg Che Ta Buat Netzen Tergamam

Sebut saja nama pelakon cantik Rozita Che Wan, pasti ramai tahu fesyen dan gaya penampilannya sering diperkatakan.

Malah ramai wanita diluar sana mengagumi Che Ta yang tetap nampak muda meskipun usia hampir mencecah 50 tahun.

Semalam, Che Ta memuat naik videonya mendapatkan suntikan vaksln d0s pertama. Apa yang menjadi tumpuan pelakon itu menggayakan beg mewah jenama Hermes Birkin dianggarkan bernilai hampir RM100,000.

Diruangan komen, ada pengikutnya sempat mengusik Che Ta menulis,”Amboi pergi pakai Birkin”. Komen tersebut dibalas oleh Che Ta mengatakan, “Lama tak pakai, takvt reput pula.”

Menerusi perkongsian itu, Che Ta turut bermurah hati menjamu petugas barisan hadapan dengan kek lapis pandan cheese hasil air tangannya sendiri.

Difahamkan, Che Ta mendapatkan suntikan vaksln jenis Pfi.zer di Hospital KPJ Tawakkal Kuala Lumpur.

Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon terkenal yang berasal dari Alor Setar, Kedah iaitu Rozita Che Wan ataupun Che Ta, pasti tahu betapa beliau seorang yang sangat menjaga keterampilan dirinya.

Malah untuk meraikan Syawal pada tahun ini sahaja, beliau telah menyiapkan sebanyak 20 pasang baju walaupun terpaksa beraya di dalam norma baharu.

Terbaharu, Che Ta memuat naik satu hantaran di laman Instagram berkongsi aktiviti hariannya.
Apa yang menjadi perhatian adalah, Che Ta hanya keluar untuk pergi ke kedai hardware namun mengenakan solekan dan berpakaian cantik sehingga menarik perhatian pengikutnya.

Menulis ringkas di ruangan kapsyen :

“1 qeta &deb naik 2 org kan p hardware ja .. tp kami tunggu dim qeta, biaq laki ja yg tuqun … seqeyau jgk nk tuqun pun”

Lihat reaksi-reaksi pengikut Che Ta di Instagram :

Kalau pergi kedai hardware pun dah cantik macam ni, apa lagi pergi kenduri kan!

Sumber : Instagram Rozita Che Wan / r0tikaya

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *