“Cantik ke diri saya?” Mak Wan Latah gampir pengsan, terkejt dengar ditudh melakukan perkara ini

Pelakon Mak Wan Latah hampir pengsan selepas mengetahui dirinya dituduh cuba mengganggu rumah tangga orang lain sehingga pasangan itu hampir bercerai.

Suami siapa saya ambil?

MAK WAN SUAMI ORANG

Menerusi temu bual bersama Melodi, Mak Wan menafikan tuduhan berat itu. Tegas Mak Wan, 62, dia tidak pernah mengganggu suami orang serta rumah tangga pasangan lain.

Saya tak mengganggu sesiapa, saya tak ambil atau kacau suami orang. Saya tak pernah ganggu rumah tangga orang. Saya tak buat walaupun saya miskin dan susah. Saya tak buat!

Rumah tangga siapa yang saya kacau? Suami siapa yang saya ambil duitnya?

Persoal pemilik nama Halimatussa’diah Mohd Daud, masih lawakah dirinya untuk menjadi perampas suami orang?

Orang tuduh Mak Wan tapi lihat keadaan saya, cantik ke diri saya? Ada ke lelaki nak saya lagi? Nilaikan sendiri.

 

Kasihankanlah diri saya. Jangan fitnah saya lagi. Saya tak tahu dosa-dosa lampau tapi saya reda dengan ketentuan Allah.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku juga mengingatkan kepada individu yang menuduh untuk mencari dirinya di akhirat untuk memohon maaf.

Yang menuduh kau carilah saya di sana (akhirat). Kau tak akan hidup senang! Cukup-cukuplah fitnah orang.

Saya minta maaf, cukup-cukuplah mengata saya.

Dalam pada itu, pelakon veteran menyatakan dia sanggup menggunakan tulang empat kerat untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup.

Saya sanggup berniaga walaupun hari-hari hujan. Saya sanggup cari rezeki daripada minta orang. Saya memang bukan baik tapi saya tak jahat. Untuk apa saya ganggu rumah tangga orang, saya dah jatuh terduduk sekarang ini.

Sumber : melodi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *