Bekas isteri kepada Da’i Farhan, Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim tampil mempertahankan diri setelah dituduh sebagai munafik oleh seorang wanita bergelar ‘founder’ kecantikan.
Ujar Erin, dia dikehendaki untuk membayar RM57,900 ganti rugi kepada ‘founder’ berkenaan namun akan meneruskan kes tersebut di mahkamah rayuan.
Tambahnya lagi, kes mahkamah tersebut adalah bukan berunsur penipuan sebaliknya urusan perniagaan yang ‘tergendala’ kerana perselisihan faham antara Erin dan founder berkenaan.
Tambahnya lagi, dia juga berasa bengang apabila dituduh munfaik dan penipu oleh founder yang bernama Norsiyah Kasnawi.
Dia dalam pada itu sempat memaklumkan mengenai keputusannya untuk tidak lagi mengenakan hijab setelah bercerai dengan Da’i Farhan.
Jadi saya pergi Mekah masa itu kenalah pakai tudung labuh dan terus saya kahwin dengan Farhan, bila dah kahwin dengan seorang ustaz takkan nak buat rambut blonde lagi.
Disebabkan kata negatif netizen buatkan saya nak berubah tawar hati rasa macam kecewa sedikit. Jadi harap-harap janganlah tuduh orang munafik, sebenarnya awak sendiri (Norsiyah) yang munafik cakap spin mengalahkan mesin basuh.
Jelasnya lagi, dia akan mengambil tindakan susulan terhadap seorang selebriti yang turut masuk campur gara-gara menularkan mengenai isu tersebut kepada orang awam melalui media sosial.
Sumber : beautifulnara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.