Hiburan

“Bukan Saja Permohonan Maaf Terbuka” Ini Yang Siti Nordiana Tuntut Pada Mereka Setiap Sorang

SELAIN membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam, lima individu termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron turut dituntut membayar RM200,000 setiap seorang kepada Siti Nordiana.

Tiga individu lain yang turut didakwa melemparkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Siti Nordiana ialah isteri kepada Lan, Sheila Hassim; Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek; Aida G.

“Kami berlima menerima surat tuntutan daripada pihak Siti Nordiana yang meminta agar membuat kenyataan terbuka memohon maaf dalam tempoh 24 jam.

“Berserta syarat lain selain bayaran RM200,000 setiap seorang,” tulis Sam menerusi kenyataan rasmi yang diberikan kepada mStar pada Jumaat.

TONTON VIDEO PENJELASAN NANA!

Pihak mStar difahamkan, notis tuntutan bertarikh 26 Julai itu antara lain menyatakan rasa terkejut dan dukacita Siti Nordiana terhadap kelima-lima mereka kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Kenyataan yang dilemparkan itu juga dikatakan memberi kesan negatif kepada orang ramai dan penaja produk Siti Nordiana hingga menjejaskan reputasinya.

Menerusi laporan mStar pada Rabu, Siti Nordiana berkata dia terpaksa meneruskan tindakan saman terhadap mereka berlima selepas tiada permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntut.

Langkah berkenaan diambil selepas kelima-lima mereka gagal membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam seperti yang diberikan sebelum ini.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana memberitahu pihaknya akan memfailkan tuntutan saman terhadap mereka berlima selewat-lewatnya 2 Ogos depan.

Kami menyerahkan surat tuntuntan tersebut kepada peguam Alan Razak untuk penelitian lanjut.

Menurut penyanyi lagu Angkara ini, dia terpaksa meneruskan tindakan undang-undang itu kerana ingin membersihkan nama serta imejnya yang sudah tercalar.

Dalam pada itu Sam turut memberitahu, peguam terkenal iaitu Alan Razak dipilih untuk mewakili mereka dan meneliti lebih lanjut mengenai surat tuntuntan tersebut.

“Kami telah pun memaklumkan serta menyerahkan surat tuntuntan tersebut kepada peguam kami Alan Razak untuk penelitian lanjut.

Nana 3

Alan Razak pernah mewakili beberapa selebriti antaranya pengacara Awal Ashaari.

“Hanya setakat ini sahaja kenyataan yang dapat kami berikan. Terima kasih,” ujarnya.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

Menerusi sesi tersebut Sheila dan Lan mengakui terkilan dengan Siti Nordiana serta pengurusnya Anas kerana sering mengungkit perihal soal bayaran makanan.

Sementara itu, Syura pula mendakwa dia dimalukan oleh Siti Nordiana dan Anas sehingga menyebabkan ada pihak produksi enggan memberikan tawaran kerja kepadanya.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.