“Bukan rekaan, ank kami betul betul sakit” Istri pelakon Aman Graseka dedh ape yang berlaku buat ramai terkejt

Memetik Berita Harian, isteri kepada pelakon Aman Graseka memaklumkan bahawa dakwaan anak mereka yang berusia 3 tahun ditidurkan akibat sakit adalah benar dan bukan palsu.

Anak kedua hidap sawan

Menurut Reena, anak kedua mereka yang berusia 3 tahun itu sudah empat hari ditidurkan selepas diserang sawan sejak Jumaat yang lalu.

Anak kami sakit, bukannya rekaan. Kami terkejut apabila ada laporan mendakwa kami menghantar pesanan kepada Sharifah Shahirah meminta bantuan.

Shiera memaklumkan melalui radio (Suria FM) meminta orang ramai mendoakan anak kepada Aman kembali sihat, tetapi bukan minta bantuan.

 

Ujarnya, sejak tular mengenai kisah mereka anak beranak dengan isu ‘scammer’, ramai orang sudah tidak percayakan mereka apabila perkara seperti itu berlaku.

Nafi minta bantuan

Katanya lagi, anak mereka mengalami sawan akibat strok haba berikutan cuaca di Kedah yang sangat panas.

Disebabkan anak saya tidak beri tindak balas, doktor maklumkan kepada kami anak terpaksa ditidurkan sebab takut jangkitan kuman merebak ke kepala.

Jadi, kami putuskan untuk tidurkan anak dan bawa ke HSB. Ketika ini, anak masih ditidurkan agar dia dapat berehat. Namun, saya tegaskan, kami tiada minta bantuan Shiera.

Reena dan Aman ada meminta bantuan kerajaan negeri bagi membiayai kos penginapan kerana mereka perlu berada di Alor Setar dan dibenarkan menunggu anak di ICU hospital tersebut.

Sebelum ini, Shiera ada berkongsi di Instagram miliknya mengenai kesusahan yang menimpa Aman dan meminta bantuan agar pelakon itu tidak lagi meminta bantuan wang daripada rakan industri.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *