“Bukan nak raih simpati” yang datang tak sempat beli.. baru lepas kena serbu sebelum ni, menitik airmata dedh sesuatu jadi saat berniaga

Pelakon Faye Kusairi menerusi satu hantaran Instagram miliknya baru-baru ini dilihat menangis hiba dan sebak kerana tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan gerai nasi ayamnya yang terletak di Bukit Antarabangsa.

Ujar Faye, dia menangis kerana ada pelanggan yang terpaksa pulang dengan tangan kosong setelah beratur panjang bagi mendapatkan nasi ayamnya itu.

Assalamualaikum semua, saya rasa sedih hari ini sebab jualan saya habis awal, minta maaf pada yang datang tapi tak sempat nak beli untuk merasa.

Saya minta maaf sangat-sangat kalau ada yang kecewa, lain kali saya buat lebih banyak, terima kasih kepada yang setia membeli setiap hari.

Namun begitu, Faye berkata video itu bukanlah bertujuan untuk meraih simpati masyarakat sebaliknya lebih kepada resah kerana memikirkan perasaan pembeli.

Saya menangis bukan untuk meminta belas kasihan tetapi saya kecewa tak dapat memuaskan hati semua orang.

Ramai orang beratur tapi tak dapat, ada seorang pakcik ni sampai dua kali datang untuk mencuba nasi ayam saya.

Jelasnya lagi, siapa yang ingin membeli nasi ayamnya itu bolehlah membuat tempahan awal agar tiada siapa yang kecewa.

Terdahulu, pelakon filem Tombirou itu mula menjalankan perusahaan menjual nasi lemak secara kecil-kecilan di sekitar kawasan tepi jalan Bukit Antarabangsa.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *