Bukan melayu je buat macam ni. David Teo dedh ape yang berlaku kepadanya buat ramai tak sangka

Pengarah terkenal, Datuk David Teo memaklumkan dia pernah disihir ahli keluarga terdekat sehinggakan dia jatuh sakit dan hampir maut.

David Teo kongsi pengalaman disihir Kongsi Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG) itu, kejadian tersebut dipercaya berlaku pada tahun 2018 iaitu selepas seminggu bapanya meninggal dunia.

Seminggu selepas bapa meninggal dunia saya pulang ke rumah dan mula tidak boleh tidur dan darah tinggi juga naik dengan begitu mendadak.

Bayangkan saya pakai baju tebal untuk musim sejuk di tengah terik matahari dan saya tidak rasa panas langsung. Saya juga hilang semangat kerja dan sentiasa fikir mahu mati.

Gemar makan telur separuh masak Lebih aneh, David mengakui dia tiba-tiba sahaja menggemari telur separuh masak sehingga pernah menjamahnya 10 biji sekali makan dan kerap makan nasi sehingga jam 3 pagi.

Semenjak itu, David dibawa berubat ke perubatan Islam setelah disedari salah seorang pekerja syarikatnya.

Ustaz yang merawat kata saya boleh mati jika tidak dirawat dengan segera. Katanya saya disihir dan terkena santau. Lintah dimasukkan ke dalam badan saya untuk buat saya sakit secara perlahan-lahan.

Selepas dirawat saya kembali sihat dan menjadi diri saya yang normal. Meskipun saya banyak menerbitkan filem seram dan mistik, inilah adalah pengalaman pertama saya hadapi sihir dan santau.

Tidak menyangka santau dihantar orang terdekat
Kata David, dia tidak menyangka ahli keluarganya sendiri yang tergamak menghantar benda-benda kotor itu dan telah membuatkan hubungannya bersama individu itu semakin menjauh.

“Saya ingat orang lain rupanya ahli keluarga sendiri. Patutlah semasa sakit, saya bermimpi ukiran kayu. Cuma saya sudah berjanji untuk tidak mempertikaikan lagi perbuatan dia. Hati saya sudah melepaskan apa yang berlaku,” kongsinya lagi.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *