“Buka lah kedai yang senang parking, bdoh punya owner!” Sampai je Didie Alias terus sound Johan dan Ozlynn

Siapa yang tidak kenal dengan Selebriti Versatil iaitu Fadzilah binti Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Didie Alias yang merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penyanyi wanita Malaysia.

Beliau mula menceburkan diri dalam bidang lakonan sejak 1991. Antara filem terawal lakonannya adalah filem aksi Boss dan Kanta Serigala sebelum aktif di layar kaca TV.

Penglibatan Didie dalam dunia lakonan bermula selepas beliau menempa nama dalam bidang modeling dan komersial. Didie pernah menyertai peringkat bulanan pemilihan Dewi Remaja pada tahun 1990.

Beliau kemudian dilamar oleh Berjaya Filem untuk membintangi filem arahan Hussein Abu Hassan berjudul Kanta Serigala bergandingan bersama Rosyam Nor dan Faizal Hussein. Wajah Didie yang mirip Pan-Asian nyata berjaya menarik perhatian ramai.

“Parking Kat Sini Tempat OKU?”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik sweetlady2240 yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.5 juta, tanda suka sebanyak 35 ribu dan sebanyak 269 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Didie Alias yang berkunjung ke restoran milik pasangan selebriti iaitu Johan dan Ozlynn. Didie Alias bergurau dengan menyuarakan bahawa kedai milik mereka terletak di tempat yang sukar untuk mendapatkan tempat letak kereta kerana terlalu ramai orang.

@sweetlady2240📸ragamartiss Didi Alias Selamber Sound Jozlyn Supaya Cari Kedai Senang Parking 😅

♬ bunyi asal – sweetlady

Rata-rata netizen terhibur dengan gurauan mereka bertiga itu. Mereka juga mengatakan bahawa pernah berkunjung di restoran tersebut dan sememangnya sedap.

Sumber : murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *