Semasa

“Betul nampak macam matahari sebenar!” Matahari Buatan Chlna, Benarkah Ia MeIawan Ciptaan Tvhan

Beberapa hari sebelum menyambut tahun baru, tular di media sosial dimana kerajaan China telah berjaya menghasilkan matahari buatan yang lebih panas daripada matahari sebenar.

Ada yang mengatakan bahawa eksperimen yang dijalankan China ini merupakan satu bentuk melawan kejadian Tuhan. Walau bagaimanapun, seorang pengguna Facebook bernama Zamir Mohyedin telah memberi pandangan yang sebenar tentang matahari buatan ini. Jom kita ikuti penjelasan beliau.

 

Penjelasan ringkas tentang Matahari Buatan (Artificial Sun).

China berjaya membina reaktor nuklear berasaskan pelakuran (fusion) nuklear yang berjaya menjana tenaga bersuhu sehingga 150 juta darjah celsius (10 kali ganda lebih panas daripada Matahari).

Antara cabaran terbesar untuk membina reaktor ini ialah sebenarnya untuk tampung tenaga yang dihasilkan daripada proses pelakuran nuklear yang jauh lebih kuat daripada pembelahan nuklear (bom atom misalnya). Jutaan kali lebih kuat daripada janaan tenaga konvensional.

Matlamat utama pembinaan reaktor nuklear berasaskan pelakuran ini ialah bertujuaan untuk janaan tenaga yang lebih cekap dan bersih. Penggunaan tenaga ini tidak akan menyumbang kepada pelepasan karbon dioksida dan gas-gas rumah hijau.

Selain daripada kelebihannya yang bersih dan penghasilan tenaga yang kuat, pelakuran nuklear tidak menghasilkan produk radioktif yang lama jangka hayatnya, tidak seperti produk pembelahan nuklear (nuclear fission).

matahari buatan

Penggunaan tenaga ini dapat memberikan manfaat kepada manusia keseluruhannya. Konvesionalnya, kita banyak guna arang untuk jana tenaga. Yang hidupkan lampu, penghawa dingin, komputer dan pelbagai lagi mesin dan perkakas elektrik, sumber tenaganya banyak daripada penggunaan arang.

Penggunaan arang banyak keburukannya. Tidak bersih, mengakibatkan pencemaran, penghasilan tenaganya pun tidak sebagus nuklear. Sekitar tahun 2040, United Nations (UN) mensasarkan untuk hentikan penggunaan arang sebagai sumber tenaga di seluruh dunia.

Reaktor pelakuran nuklear ini digelar “Matahari Buatan” (Artificial Sun) kerana secara semulajadinya, proses pelakuran nuklear hanya dapat berlaku pada Matahari (dan bintang-bintang lainnya). Manusia berjaya lakukan sendiri proses yang serupa seperti Matahari di Bumi melalui reaktor. Bukannya dibuat Matahari macam Matahari betul-betul rupanya.

Jadi, tidak perlulah gelabah kata Korea Selatan dan China mahu membina Matahari Buatan kerana mahu gantung satu lagi Matahari di Bumi atau mencabar kuasa Tuhan. Menggantung satu lagi Matahari di Bumi sedikit pun tidak memberikan keuntungan. Kalau tengok gambar reaktor nuklear di bawah ini ada rupa matahari ke? Tak ada bro.

Sumber: Zamir Mohyedin / r0tikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *