“Berani kerana benar, sebab saya berada dipihak yang benar” Ruhainies kembali shooting,dedh ape yang berlaku

KONTROVERSI menghimpit dirinya kini tidak pernah menghalang pelakon Ruhainies untuk terus memberi tumpuan kepada karier seni.

Demi komitmen dan tanggungjawab, Ruhainies atau Nur Ruhainiess Farehah Zainul Ilyas, 32, tetap meneruskan kehidupan seperti biasa termasuk menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur.

Kata pelakon itu, dia tidak perlu takut kerana berada di pihak benar dan bukan seperti diperkatakan.

ruhainies 67

Ruhainies ketika menjalani penggambaran promosi sebuah festival jualan.

“Saya komited pada kerja. Lagipun saya dipihak yang benar, tidak perlu takut.

“Berani kerana benar,” katanya.

Ruhainies berkongsi perkara itu dalam satu video bersama usahawan Datuk Aliff Syukri ketika mereka sedang menjalani rakaman promosi sebuah festival jualan.

Dalam video berkenaan, Aliff bertanya tentang kekuatan Ruhainies berdepan dugaan dan kecaman apabila banyak pihak terus menghentam dia susulan kes ditangkap berkhalwat bersama pelakon Aliff Aziz pada Sabtu lalu.

Ruhainies juga sekali lagi menegaskan laporan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menunggu selama tiga jam ketika tangkapan di buat adalah tidak benar.

“Tiga jam itu hanya tokok tambah,” jelasnya.

ruhainies 3

Ruhainies dan Aliff bakal didakwa di Mahkamah Syariah.

Sementara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya, Ruhainies turut mengucapkan selamat berpuasa sempena ketibaan bulan Ramadan.

Ruhainies dan Aliff ditahan pihak Jawi di sebuah kondominium mewah di ibu negara dan kemudian dibebaskan dengan jaminan pada pukul 2 petang hari sama.

Pasangan pelakon itu juga dilaporkan bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *