Semasa

“Belum Lagi 21Hb,” Caprice Keluar Satu Lagi Kenyataan Yang Di Tuju Khas Buat TMJ Dan Hishammuddin

Tumpuan yang kalian berikan kepada UEL (Ustaz Ebit Lew) benar-benar membuatkan saya ingin dedahkan perkara sebenarnya mengenai pasukannya.”

Demikian tulis penyanyi rap, Caprice di Instagram Storynya meluahkan perasaan apabila ramai netizen yang mula berpihak kepada Ebit berikutan isu perselisihan antara Caprice dengan pasukan pendakwah itu.

Dalam hantaran itu juga, Caprice terbuka untuk berkongsi maklumat mengenai perkara baik dan kurang baik membabitkan pasukan Ebit ketika rombongan berkenaan ke Gaza, Palestin baru-baru ini.

“Di Gaza, dia hanya 10 peratus daripada apa yang berlaku. Tapi, kalau kalian menyebut-nyebut nama itu sebab nak bakar lagi, saya sedia untuk tunjuk lagi sampai yang marah, betul-betul faham dan sedar, ada benda baik yang pasukan UEL buat.

“Tapi, ada benda kurang baik juga berlaku yang orang lain kena hadam seperti saya. Ini bukan kali pertama, cuma banyak badan bukan kerajaan (NGO) tak berani bersuara sebab takut dengan maklum balas netizen begini,” tulisnya.

Tambahnya, nama Ebit itu begitu ‘mahal’ sehinggakan ramai yang membela nasibnya.

“Tolong jangan paksa saya. Masalah ini lebih besar dari UEL, tapi sebab nama ini terlalu mahal, sekali petik saja semua nak bela sebab dia seorang ustaz dan buat banyak benda baik.

“Ya, saya begitu juga dulu. Tapi, sekarang saya kena hadam semua yang berlaku di sini seorang diri. Minta maaf sangat-sangat,” tulisnya.

Caprice juga menjelaskan bahawa tidak wujud rasa dengki atau cemburu dalam hatinya terhadap pasukan pendakwah itu.

“Tolonglah fikir logik. Tak ada sesiapa di sini dengki dan cemburu dengan pasukan UEL.

“Ini hanya apa yang berlaku pada misi Gaza yang buat saya dan pasukan-pasukan lain nak masuk ke Gaza selepas ini, lagi susah.

“Tolonglah faham. Tak ada sesiapa pertikai benda baik yang dia buat. Cuma dua ke tiga perkara berlaku yang kecoh di Gaza dan kita kena hadam,” tulisnya.

Berikut pula perkembangan terkini isu tersebut, apabila Caprice secara tiba-tiba mengeluarkan permohonan maaf

“Caprice Minta Maaf, Terlalu Beremosi”

“Salam Tuanku @hrhcrownprinceofjohor @hishammuddinhussein ebitlew , Caprice mohon minta maaf atas kesilapan Caprice dimana kita terlalu emosi tentang pejuang kita demi ummah, demi

“Palestine, dan demi Rakyat Malaysia. Ape yang berlaku adelah kesilapan Caprice sendiri dan tidak terlibat pihak lain.

“Caprice nak ucapkan terima kasih kepada DS @hishammuddinhussein , Embassy Malaysia mesir, dan Kerajaan Egypt for the hospitality, support, and 24hour protection and security selama Caprice berada di Mesir.

“Caprice nak ucapkan terima kasih juga kepada DS @azeezrahim yang tibe2 jadi seorang ayah kepada caprice selama kita kenal. I can never repay you back for the love and care you have shown me throughout this mission. And to all the members or HM4P, Team Mercy, dan Media di Mesir, thank you for being a big brother to me and guiding me for the past 30 days. Dato Farid, Dato Razali, Dr Kassim, and Abdullah. I couldnt have asked for a better band of brothers to share this experience. Thank you for the late night talks, the love, and your guidance.

“Last but not least, caprice minta maaf kepada ibu dan ayah caprice for making you worry about my safety. I love you and my intention since the day i chose to go on my own at 16 was only to make you proud.

“Minta maaf kepada Malaysia dan rakyat Malaysia.

“InsyaAllah i will return after i complete and fufill a few promises i made to the people of Palestine.

“Iam sorry

“Salam 

Terdahulu, Caprice berangkat ke Gaza, Palestin pada 24 Jun lalu untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk di sana.

Namun, beliau dikatakan masih belum boleh memasuki Gaza dan kini berada di Kaherah, Mesir

Dalam pada itu, TMJ terus mendoakan dan menyokong usaha-usaha murni Ustaz Ebit Lew

TMJ juga ada menjawab pertanyaan netizan mengenai apa yang berlaku

Dalam perkembangan terkini, Ustaz Ebit Lew terus melakukan kerja-kerja amal, tanpa mempedulikan mengenai tuduhan li4r dari caprice

Sumber : kec0hape

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *