“Beli kereta mewah awal-awal dulu.”
Demikian kata pelakon dan pelawak Zizan Razak yang mended4hkan penyesalan terbesar sepanjang kehidupannya iaitu membeli kereta mewah, Ferrari pada usia muda.
Ibarat kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, pemilik nama lengkap Muhammad Razizan Abdul Razak itu memaklumkan, apa yang lebih penting sebenarnya adalah memiliki aset hartanah.
“Ada sesetengah orang datang kepada saya (minta pendapat) sama ada nak beli GT-R atau Mustang, saya jawab ‘no’.
“Nasihat saya tak payah beli namun pada masa sama, kalau ikut (kemampuan) dia, tak adil kalau dia tak beli sebab itu mungkin target atau impian. Mungkin bagus mungkin tidak. Bagi saya, tak bagus untuk masa depan seseorang.
“Beli rumah, that’s like the best thing ever (Itu benda paling bagus),” katanya.

Anak kelahiran Dungun, Terengganu itu berkongsi perihal rawak itu dalam satu siaran langsung (live) Instagram bersama Joe Flizzow, Fakkah Fuzz dan usahawan, Pak Din malam tadi.
Ujar Zizan, memiliki kediaman sendiri adalah satu pelaburan yang bijak berbanding tergesa-gesa membeli kereta mewah sewaktu berada di zaman puncak populariti.
“Rumah untuk hujung hari sementara kereta sekejap lagi GTR, selepas itu GTO dan mungkin GTB. Macam-macam jenis yang akan keluar (ketawa)
“Melabur kerana apabila kita tutup mata, duit tetap berjalan. Duit bekerja untuk kita,” katanya.
Terdahulu, sekitar tahun 2015, Zizan dilaporkan memiliki sebuah kereta mewah Ferrari model F430 berwarna kuning dianggarkan berharga RM1.5 juta selepas sahabatnya, kawannya, Tauke yang juga merupakan seorang pelawak berkongsi sekeping foto dalam Instagram.
Antara komen dari netizen
“beli rumah atau Hartanah di lokasi yg strategic adalah keputusan yg bijak. sebab Nilai hartanah stabil atau akan meningkat
“kau beli ferrari, dlm masa sama kau beli banyak rumah takperlah.. Pastu ada buat bsines mcm2 lagi selain bantu ibu bapa dan org susah lain. Bermakna itu lebihan duit kau. Takde bazir pun.. Untuk reward diri sendiri
“Aku dulu pon mcm zizan jgk pakai ferrari..tapi nasiblh aku tersedar awal ..jaga² rupanya mimpi..fuhh
“Beli kereta mewah x menguntungkan kecuali beli rmh atau tanah klu jual untung berlipat kali ganda.Lu pikir la sendiri..
Sumber : K!0NLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!