Hiburan

“Bangga Ank Dah Pandai Tanak Nasi” Sekali Bila Buka Periuk Ada Benda Dia Lupa Letak

Pelakon dan penyanyi jelita, Erra Fazira ada berkongsi di Instagram satu momen lucu yang berlaku apabila anak perempuannya iaitu Engku Aleesya dikatakan terlupa memasukkan air sewaktu ingin menanak nasi untuk hidangan makan malam.

Nasi jadi ‘beras kering’

Menurut Erra Fazira, pada awalnya anak perempuannya itu seakan berbangga kononnya dia tahu menanak nasi. Oleh itu, Erra memberi tugasan kepada Aleesya untuk menanak nasi manakala dia akan memasak untuk hidangan makan malam. Tetapi lain pula yang jadinya sewaktu dia membuka periuk nasi dan melihat di dalamnya hanyalah beras kering.

Moment ni akan ku kenang sampi bila-bila. Kisahnya dia dok bangga dia dah pandai masak nasi. Mom nya pun dengan penuh rasa bangga masak simple lauk dan dia ditugaskan masak nasi. Sekali bila time nak makan, buka-buka periuk. Dia lupa masuk air daaa. Takkan nak makan beras kering!! Nasib baik ada standby nasi lemak. Alahaiii anakkk, its ok sayang. Don’t give up!! Nanti cuba lagi k.

Menurut Erra lagi, mujurlah ketika itu mereka ada bekalan nasi lemak. Jadi, boleh lah dijadikan hidangan makan malam. Dalam satu video yang lain, Aleesya menjelaskan bahawa sebenarnya dia ingin menanak nasi tetapi ketika itu dia terlupa untuk memasukkan air.

You don’t have to post on your story ma. Saya nak masak nasi tapi terlupa letak air. Jadi, nasi tu jadi kering sekarang.

Terlupa masukkan air

Sementara itu, Erra Fazira tetap memberikan kata-kata semangat buat Aleesya supaya anaknya itu tidak berputus asa untuk belajar dan tidak berhenti mencuba lagi. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen terhibur melihat gelagat Aleesya dan mereka percaya bahawa Aleesya sebenarnya tahu menanak nasi cuma dia terlupa sahaja.

Buat video rutin harian challenge, sekali anak sendiri ‘kant0ikan’ rutin sebenar Erra Fazira

Setiap kali selebriti terkenal, Erra Fazira memuat naik video kebersamaan dengan anaknya, Engku Aleesya pasti mencuri perhatian ramai.

Ramai yang terhibur

Kali ini, pelakon tersebut turut serta membuat #rutinharianchallenge bersama anaknya membuatkan ramai terhibur.

Mana tidaknya, Engku Aleesya dengan spontan telah membuat mimik muka tidak percaya dengan rutin harian yang disebut oleh ibunya kerana tidak seperti realiti sebenar.

Mummy bangun subuh lepas tu tidur balik

Paling mencuit hati sudah tentu pengakuan Erra yang mendakwa akan terus ke pasar selepas bangun solat subuh sekitar jam 6 pagi.

Muka Aleesya terus berubah dan membocorkah rahsia bahawa ibunya akan duduk sebentar dalam sepuluh hingga ke 15 minit selepas solat subuh dan kemudian sambung tidur sehingga jam 10 pagi..Gadis manis berusia 12 tahun itu turut memaklumkan yang ibunya tidak pergi pun berjogging dan dia hanya makan roti atau sarapan yang sedia ada sebelum mengikuti kelas online.

Habis rutin harian mak dib0ngkar

Perbualan comel mereka berdua pun tular dan mendapat pelbagai komen daripada warganet. Rata-rata terhibur dengan tindakan Aleesya yang membuat ‘kantoi’ ibunya dengan rutin harian yang sama sekali tidak dilakukan itu.

Mereka juga turut memuji kebersamaan Erra Fazira dan anaknya, Engku Aleesya yang sangat sweet dan cantik serta akrab sekali dengan ibu tersayang.

Bagus Erra ajar anak jujur hahaha

Sumber : Erra Fazira / kec0hape

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *