Ada pihak dedh gaji Salih Yaacob masa jadi DJ RM45k sebulan!, sekali bila Linda Onn masuk komen terus diam semua

Bekas penyampai radio Suria FM, Linda Onn menafikan dirinya pernah menerima bayaran sekitar RM45,000 sepanjang enam tahun berkhidmat di stesen radio itu.

Linda berkata, walaupun pernah memenangi beberapa anugerah dalam bidang itu, namun bayaran yang diterima tidak setinggi yang didakwa seorang netizen.

“Hangat di media sosial cerita fasal gaji penyampai radio secara terbuka. Ingatkan malas nak masuk campur, tapi bila ada orang sebut nama saya, kenalah menjawab.

“Pandai-pandai saja cakap saya terima gaji sebanyak itu. Seronok betul kalau dapat bayaran itu dulu.

“Tapi saya tak pernah terima setinggi itu. Sampai ke sudah pun tak pernah dapat. Dulu menang anugerah pun, gaji saya tidak sampai RM10,000,” katanya.

Menurut Linda, dia mengaku penyampai radio sekarang cukup bertuah apabila ada yang menerima bayaran ratusan ribu seperti yang dilaporkan.

“Bertuah penyampai radio zaman sekarang apabila gaji mencecah RM50,000 sehingga RM150,000 sebulan. “Kalaulah bakat saya dihargai dulu sampai dapat sebegitu, memang seronok. Tapi saya faham penyampai zaman sekarang kualitinya berbeza dan pendekatan yang dibawakan tak sama. Lagipun kehendak pendengar, stesen radio pun sudah berbeza ketika zaman saya berkhidmat dulu.

“Tambahan pula orang yang dah ada nama dipanggil jadi penyampai radio, lagilah berharga.. Dulu nak dapat naik gaji pun kena lalui macam-macam seperti mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) dan penyertaan dalam program ‘on ground’ stesen itu.

“Saya terima apabila gaji saya tidak setinggi itu, mungkin standard saya tak sampai tahap itu. Saya gembira dengar gaji penyampai sudah ratusan ribu sekarang,” katanya.

Terdahulu seorang netizen mendakwa bayaran Linda sebagai penyampai radio adalah sekitar RM45,000 sama seperti penyampai Salleh Yaacob ketika berkhidmat di salah satu radio swasta.

Sumber : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *